21 OGOS 2010- Pakdin telah  menjemput kami semua ke rumah adiknya di Taman Gadong Jaya kerana  diadakan majlis berbuka puasa. Walaubagaimanapun hanya kami berlapan  sahaja yang menyertainya keranna Majdi dan Helmi mempunyai agenda lain. 
Perjalanan kami mengambil masa  selama setengah jam. Sesampai disana program yang pertama yang  dilaksanakan adalah tahlil arwah yang dipimpin Nasharuddin sebelum kami  berbuka puasa beramai- ramai. 
Selepas  berbuka kami solat Maghrib berjemaah yang diimami oleh Firdaus. Selepas  itu kami berborak-borak sambil menunggu waktu Isyak. Selepas solat  Isyak kami terus melakukan solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh  Samsul, Firdaus dan Nasharuddin sementara bilalnya pula ialah Zakiri. 
Selesai solat terawih kami  kembali sambung berborak dengan tuan rumah serta makan-makan.. Jam 10  kami bertolak pulang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga  adik Pak din dan juga kepada Pakdin serta Ibu yang sudi mengajak kami  berbuka bersama- sama. 
 



No comments:
Post a Comment