Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Ke Shah Alam

 Perjalanan ke destinasi yang dituju

Semalam 13 Oktober 2010, aku dan sahabatku Firdaus dan Helmi ke Shah Alam. Tujuan kami ialah untuk ke Les Copaque Production Sdn Bhd dan Yayasan Restu. Sebenarnya kami telah ditugaskan oleh majikan tempat praktikal kami untuk mencari penaja dan juga agensi- agensi yang ingin membuka gerai bagi menjayakan program ataupun Majlis Konvokesyen Tadika dan KAFA yang akan diadakan pada 14 November 2010 akan datang. 
 Di sini rupernyer Les Copaque Sdn Bhd
Kami bertolak jam 11 pagi setibanya di sana agak 12.45 tengahari itupun disebabkan kami tidak tahu tempat letaknya syarikat tersebut. Kami sempat berhenti dan bertanya seseorang di stesen minyak dan pak guard pak guard yang kami temui untuk menunjukkan kami arah yang betul untuk ke Les Copaque Sdn Bhd.

 Besarnya Al Quran

Setibanya di sana, kami berbincang-bincang disamping dengan seorang lelaki yang bernama Encik Faris. Rupa- rupanya dialah Encik Faris yang selalu diceritakan oleh Pengerusi atau majikan kami. Setelah selesai berbincang kami makan- makan di restoran bersebelahan syarikat tersebut. Encik Faris belanja kami.Beliau banyak bagi motivasi dan menyuntik semangat kami serta berkongsi tips-tips mencari penaja. Beliau juga mencabar kami mencari seberapa banyak dana untuk Maahad Ummu Aiman. Setelah itu beliau melukis peta untuk kami ke Yayasan Restu dengan mudah kerana beliau tidak dapat menemani kami disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan.

 Di Galeri Yayasan Restu

Jam 2.30 kami ke Yayasan Restu yang terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Selangor. Di sana kami di beri sumbangan 20 naskhah al Quran disamping kami dapat melawat galeri - galeri yang terdapat di yayasan tersebut. Selepas solat Asar kami bertolak pulang.



Wednesday, July 28, 2010

Program Motivasi: Mukmin Profesional


MUKMIN PROFESIONAL
Encik Pahrol Mohamad Juoi


31 Julai 2010
DKP 1


Bagi sesiapa berminat, jangan lepaskan peluang terhidang ini..

Marilah sama-sama cepat mendaftar, sementara masih ada ruang..

Tempat terhad...
 
 Sebarang maklumat boleh berhubung dengan:
Zakiri: 013-6282352
Diana: 013-3083402

Sunday, June 27, 2010

Program OPKIM 2010 ditunda.

Hari Khamis lepas aku ada menghubungi Mudir SMU A Al Saadah. Tujuanku untuk bertanya dan mengesahkan program khidmat masyarakat yang akan diadakan 1 Julai hingga 3 Julai nanti. Dukacita dimaklumkan bahawa program tersebut terpaksa ditunda disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kepada sahabat- sahabat yang terlibat dalam perancangan program ini.

Thursday, June 24, 2010

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM 10’)


PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT
(OPKIM 10’)

TARIKH
1,2 DAN 3 JULAI 2010
( KHAMIS, JUMAAT, DAN SABTU)

TEMPAT
SURAU SEKITAR BATU MENGKEBANG
KUALA KRAI

ANJURAN
PERSATUAN ALUMNI AL-SAADAH MENGKEBANG

KERJASAMA
BADAN DAKWAH SMU (A) AL-SAADAH MENGKEBANG
 
TEMA
“ MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM SEJATI”

 _____________________________________________________________________________





KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH