Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, August 05, 2010

Hak Muslim Terhadap Muslim Yang Lain


3 OGOS 2010- Tazkirah kali ketiga yang aku sampaikan: Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a). 

2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya

Kalau Muslim mengundangmu untuk suatu upacara atau jamuan yang munasabah seperti perkahwinan, aqikah, kenduri kesyukuran dan lain-lain maka penuhilah undangannya itu. Dia sebenarnya telah menyatakan penghormatannya terhadapmu dengan undangan tersebut. Olih sebab itu janganlah kamu hampakan harapannya itu, kecuali jika ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.


Kalau dia memohon nasihatmu tentang sesuatu pekerjaan, apakah sebaiknya dia lakukan ataupun tidak? Maka nasihatilah dia sebagaimana kamu mengambil keputusan dan menginginkan untuk dirimu sendiri. Sekiranya menurut pertimbanganmu baik maka doronglah dia melakukannya dan sekiranya bolih mendatangkan mudharat maka ingatkanlah dan cegahlah dia melakukannya.
  
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.

Bersin adalah nikmat Allah karena angin yang terperangkap pada bahagian badan dipermudahkan olih Allah untuk keluar sehingga insan merasa lega. Olih sebab itu disyari’atkan kepadanya agar bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan tahmid اَلْحَمْدُ للَّه (segala puji milik Allah).

Dan disyaria’atkan pula kepada saudara seagamanya yang mendengar tahmiditu untuk mentasymitkan/mendoakannya
يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat). Dan selanjutnya Muslim yang bersin tadi disuruh olih agama agar menjawab tasymit itu dengan doa يَهْدِيكُمُ الله ويُصْلِحُ بَالَكُمْ (semoga Allah memberimua petunjuk dan memperbaiki hatimu).

5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di Syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di Syurga."

6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
Barangsiapa yang mengikuti penyempurnaan jenazah hingga solat jenazah maka dia akan memperolihi ganjaran satu qirath, dan barangsiapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolihi ganjaran dua qirath. Mengikuti jenazah adalah hak Allah, hak jenazah dan hak kaum kerabatnya yang masih hidup.


Sumber: http://abubasyer.blogspot.com/2010/07/tunaikanlah-enam-hak-muslim-terhadap.html

Monday, August 02, 2010

Husnul Khatimah



31 JULAI 2010- Kali kedua aku menyampaikan tazkirah secara lisan, secara live dihadapan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat surau. Tajuk kali ini ialah kesinambungan daripada tajuk lepas iaitu "memohon husnul khatimah". Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah kerana syaitan terkutuk akan berkata: Aduh!! orang yang memohon husnul khatimah itu telah mematahkan tulang belakangku. Jika juga hendaklah merasa takut akan suul khatimah kerana tidak mustahil Allah boleh pesongkan hati kita pada bila- bila masa sahaja.



Orang tidak ambil tahu tentang husnul khatimah atau suul khatimah maka tiada peliharaan Allah untuknya. Hari ini ramai yang tak ambil tahu tentang perkara ini. Dunia sekarang lebih pentingkan kemewahan daripada akhirat. Macamana nak ambik tahu, orang lain semua menuntut ilmu mengadap muka ulama' tapi kita dihadapnya muka tv. Berhibur 24 jam. Macamana kita nak dapat husnul khatimah sekiranya kita berada dalam keadaan lalai sentiasa.
Sebahagian salaf soleh berkata: Demi Allah tiada seorang pun akan terselamat dari agamanya, kiranya ia akan dipesongkan Allah, nescaya ia akan terpesong. Lantaran itu, mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan kalau- kalau mereka kelak diwafatkan di dalam suul khatimah, meskipun amal bakti mereka telah cukup dan dosa mereka amat sedikit. 
Perbanyakkanlah berdoa semoga Allah merahmati kita.



Thursday, July 22, 2010

Banyak Ingat Mati


Semalam merupakan kali pertama aku menyampaikan tazkirah kat Surau yang beradadihadapan rumah sewaku. Rasa gugup jugak la. Tapi sekejap jer selepas tu ok balik. Tajuk yang aku pilih ialah " memperbanyakkan mengingati mati". Mengingati mati adalah wajib sedangkan memperbanyakkan mengingati mati adalah sunat. Kita digalakkan memperbanyakkan mengingati mati kerana sabda Rasulullah SAW:


أكثروا من ذكر هاذم اللذات
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan kelazatan"

Maksud perkara yang menghapus kelazatan ialah "maut" ataupun mati. Maksud mati ialah " ketiadaan hidup bagi yang telah hidup". Maknanya orang yang hidup tak ada hidup baginya selepas itu melainkan mati, sebelum mati ia hidup.


Sebab apa kena ingat mati? Ini kerana apabila kita ingat akan mati yang terlebih jahat jadi kurang jahat, yang kurang jahat menjadi baik,yang baik menjadi lebih baik. Contohnya kalau kita nak melakukan maksiat tiba- tiba tempat kita buat maksiat berlaku kematian, sudah tentu kita rasa kendur sikit niat untuk melakukan maksiat kepada Allah.
Semoga apa yang telah aku sampaikan menjadi pengajaran untuk untuk jemaah surau dan juga untuk diriku sendiri. Jumpa lagi di tazkirahku yang akan datang pada 3 Ogos 2010 nanti. Asslamualaikum.

Sedutan rakaman kuliah maghrib.


Friday, July 09, 2010

Memelihara mata

Assalamualaikum kepada pembaca blogku yang budiman. Alhamdulillah. bertemu kita di ruangan tazkirah yang menjadi nadi untuk kita sama- sama berkongsi ilmu pengetahuan yang menjadi kewajipan keatas setiap muslim. Tazkirah kali ini ana memilih tajuk " memelihara mata". Tajuk ini amat bersesuaian untuk perkongsian kita bersama kerana mata merupakan salah satu anggota yang sukar untuk dijaga termasuklah ana yang lemah ini sukar untuk mengawal tindak tanduk mata. Untuk mendapatkan informasi tentang memelihara mata, ana membelek sebuah kitab yang berjudul "Penawar Bagi Hati" karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al Indonesia Al Mandili sebagai rujukan.

Mata merupakan anugerah Allah untuk kita. Ianya mempunyai banyak faedah samaada faedah untuk dunia ataupun akhirat. Faedah yang dinisbahkan kepada akhirat adalah dengan mata kita dapat memandang ke langit, matahari, bulan, bintang dan lain- lain agar kita dapat menjadikannya sebagai dalil adanya Allah SWT serta kekuasaaNya. Selain itu kita dapat melihat al Quran dan jalan ke masjid. Faedah yang dinisbahkan kepada dunia pula ialah contohnya melihat hasil usaha kita dan sebagainya.

Mensyukuri nikmat mata ialah dengan kita memeliharanya daripada melihat sesuatu yang haram contohnya melihat perempuan yang bukan mahram ataupun melihat aurat orang lain walaupun sama sejenis. 

Allah berfirman di dalam surah An Nur ayat 30 mafhumnya :-


Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.


Sabda Rasulullah SAW:

إن النظر إلى محاسن المرأة سهم مسموم من سهام إبليس فمن تركها أذاقه الله تعالى طعم عبادة تسره


Sesungguhnya memandang ke tempat elok (mengghairahkan) daripada tubuh perempuan itu umpama anak panah beracun daripada segala anak panah iblis. Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, nescaya Allah SWT mengurniakannya kesedapan amal ibadat yang menggembirakan (yang menyukakan hati).


Tiada satu pun samaada di dunia ataupun akhirat satu nikmat yang paling besar melainkan nikmat melihat tuhan.Oleh itu, amat wajar apa yang kita nanti-nantikan bagi memperoleh nikmat yang paling besar sekali dengan memelihara dan mengawasi bersungguh- sungguh mata kita daripada pandangan yang merosakkan yang menjerumus kita ke kancah dosa. 

Bait sebuah lagu nasyid tentang pandangan mata:- 

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih.




Sekian tazkirah untuk kali ini. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian kita hari ini. Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH