Saturday, April 17, 2010

Liga Super Malam Ni!!!

NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN

Semoga pasukan Kelantan berjaya membawa pulang 3 mata berharga dalam pertemuan menentang juara Piala FA 2010 pada malam ini.

Friday, April 16, 2010

PAGI ESOK EXAM HIFZ QURAN

Bertungkus lumus aku hari ni, dari pagi lagi sibuk hafal Quran. Maklum la esok ada ujian akhir Hifz Quran. Aku rehat tengah hari kejap dan petang kejap. Malam dari kul 9 sampai 12. Orang laen leh jaga 30 juzuk tapi kita 3 juzuk pun terkapai -kapai. Bukan senang nak jaga 3 juzuk pun. Aku pulak bukannya jenis rajin mengulang. Hehehe. Tapi best hafal Quran ni.... harap2 lepas ni aku leh jaga 3 juzuk ni. Apa2 pun harap2 aku dapat jawab soalan esok pagi...InsyaAllah.

Wednesday, April 14, 2010

BENGKEL PENULISAN ILMIAH 2010

13 APRIL 2010- Bengkel Penulisan Ilmiah telah berjaya dilangsungkan di Dewan Kuliah Utama (DKU) bermula 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang tadi. Slot pertama bengkel ini dimulakan oleh pembentang pertama iaitu Prof Madya Dr Adel Abdul Aziz yang membentangkan tajuk كيفية إعداد خطة البحث (kaedah penyediaan proposal).  
Peserta diberi rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung slot kedua oleh Dr. Abdul Karim Toure dengan pembentangan yang bertajuk" Kaedah penulisan kajian perpustakaan". Selepas solat Zohor, program diteruskan lagi oleh pembentang ketiga, Ustaz Nidzamuddin Zakaria (kaedah penulisan kajian lapangan) sebelum disambung oleh Dr. Karim Toure sekali lagi pada jam 3.15 petang dengan tajuk "Kaedah Penulisan Gaya USIM". 

Majlis penutup diadakan pada pukul 4.30 petang oleh Timbalan Dekan FPQS, Dr. Fauzi Mohd Amin. Kemudian, para pelajar diagihkan mengikut kumpulan penyelia masing- masing sehingga pukul 6.00 petang. Bengkel ini adalah anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana cara ataupun teknik untuk menulis tesis mengikut cara yang sebenar. 


Sunday, April 11, 2010

Majlis Muhadharah Perdana


Muhadharah perdana yang dismapaikan oleh Professor Dr. Yusuf Qaradhawi ini telah aku sertai pada 19 Disember 2009 yang lepas.

JAMUAN KELAS TQA3



7 APRIL 2010- Jamuan kelas untuk TQA3 telah diadakan dan dijalankan dengan jayanya di sebuah bilik tutorial di FPQS. Kehadiran amat membanggakan ditambah pula dengan kehadiran rakan- rakan dari kelas -kelas lain.

Semoga dengan adanya majlis- majlis seumpama ini dapat menjadi platfom untuk kita mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan kita sebagai seorang muslim.
TERIMA KASIH SEMUA........

Saturday, April 10, 2010

7 TANDA TAQWA KEPADA ALLAH

Sifat taqwa (takut kepada Allah) dapat dikenali melalui tujuh tanda, iaitu :

1. LIDAH
# Sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati,
bercakap benar dan sebagainya.
# Menghindari diri dari berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya.

2. HATI
# Menghindari diri dari segala penyakit hati seperti hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya.
# Rasulullah saw bersabda: "Hasad memakan amal kebaikan seperti api memakan kayu."

3. MATA
# Menghindari diri dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan
yang bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya.
# Tidak memandang dunia dengan keinginan, sebaliknya mengambil segala
iktibar daripadanya.
# Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang memenuhi matanya dengan yang haram, Allah akan memenuhi matanya pada hari Qiamat dengan api neraka."

4. PERUT
# Tidak makan makanan yang haram atau syubhat.
# Sabda Rasulullah saw: "Ketika sesuap makanan yang jatuh ke dalam perut cucu anak Adam, semua
malaikat di langit dan bumi melaknatinya selama makanan itu berada di dalam perutnya. Kalau ia mati
dalam keadaan tersebut, tempatnya adalah neraka."

5. TANGAN
# Tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak.
# Ka'bil Ahbar berkata: "Sesungguhnya Allah taala menciptakan perkampungan dari zabarjad hijau, di dalamnya terdapat seribu rumah dan di dalam setiap rumah terdapat seribu bilik, khusus untuk seorang
lelaki yang meninggalkan perkara-perkara yang haram kerana takut kepada
Allah swt."

6. KAKI
# Tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat, sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah,
tempat ibadah dan sebagainya.

7. KETAATAN
# Selalu mencari keredhaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak
(menunjuk-nunjuk) dan kemunafikan.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/2010/04/08/7-tanda-taqwa-pada-allah/

Wednesday, March 31, 2010

SUASANA SEMINAR KAJIAN QURAN DAN HADIS DI ERA ICT 2010 IV (KALI KE-4)




 Beginilah gambaran suasana di hari Seminar 27 Mac lepas yang telah dilangsungkan di Dewan Kuliah Utama (DKU) FPQS.



 Ayahanda Prof Jaber (tengah) sedang memberikan komen kepada presenter sambil diperhatikan oleh Prof Mustafa (kanan) dan Ustaz Syed Najihudin (kiri).




KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH