Saturday, August 14, 2010

Tazkirah Ramadhan


"Tazkirah Ramadhan, 30min sebelum zuhur, di DKU FPQS,
terbuka kepada semua lapisan masyarakat, tiada bayaran dikenakan,
just dengar dan amal.... Jom beramai-ramai"
-Biro Dakwah SPP-
 
 

Friday, August 13, 2010

Imam Terawih

Assalamualaikum. Alhamdulilah hari dah masuk dua hari kita berpuasa. Aku ditugaskan untuk menjadi imam di surau yang terletak di hadapan rumahku walaupun aku berasa tidak layak jika dibandingkan dengan sahabat- sahabtku yang lain. Walaupun hanya 3 kali sahaja, sekurang- kurangnya peluang ini dapat aku gunakan sebaiknya sebagai medan menimba ilmu dan pengalaman. Ni lah jadualku:- 


BIL
HARI
TARIKH
IMAM
TEMPAT
1
SABTU
14 OGOS 2010
SAMSUL HANIFF
SURAU SRI NILAI
2
SABTU
21 OGOS 2010
SAMSUL HANIFF
SURAU SRI NILAI
3
AHAD
29 OGOS  2010
SAMSUL HANIFF
SURAU SRI NILAI


Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan 1431H




Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Sunday, August 08, 2010

Akademi Al Quran 4

6 OGOS 2010: 6.30 pm. - Sebelum bertolak. Menunggu kedatangan bas.

7.30 pm. - Tiba di PICC


11.00pm.- Selepas tamat program.

Thursday, August 05, 2010

Hak Muslim Terhadap Muslim Yang Lain


3 OGOS 2010- Tazkirah kali ketiga yang aku sampaikan: Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
(Hadis Riwayat Muslim)

1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu saya tunjukkan kepada sesuatu jika kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a). 

2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya

Kalau Muslim mengundangmu untuk suatu upacara atau jamuan yang munasabah seperti perkahwinan, aqikah, kenduri kesyukuran dan lain-lain maka penuhilah undangannya itu. Dia sebenarnya telah menyatakan penghormatannya terhadapmu dengan undangan tersebut. Olih sebab itu janganlah kamu hampakan harapannya itu, kecuali jika ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.

3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.


Kalau dia memohon nasihatmu tentang sesuatu pekerjaan, apakah sebaiknya dia lakukan ataupun tidak? Maka nasihatilah dia sebagaimana kamu mengambil keputusan dan menginginkan untuk dirimu sendiri. Sekiranya menurut pertimbanganmu baik maka doronglah dia melakukannya dan sekiranya bolih mendatangkan mudharat maka ingatkanlah dan cegahlah dia melakukannya.
  
4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.

Bersin adalah nikmat Allah karena angin yang terperangkap pada bahagian badan dipermudahkan olih Allah untuk keluar sehingga insan merasa lega. Olih sebab itu disyari’atkan kepadanya agar bersyukur kepada Allah dengan mengucapkan tahmid اَلْحَمْدُ للَّه (segala puji milik Allah).

Dan disyaria’atkan pula kepada saudara seagamanya yang mendengar tahmiditu untuk mentasymitkan/mendoakannya
يَرْحَمُكَ الله (semoga Allah mencucuri rahmat). Dan selanjutnya Muslim yang bersin tadi disuruh olih agama agar menjawab tasymit itu dengan doa يَهْدِيكُمُ الله ويُصْلِحُ بَالَكُمْ (semoga Allah memberimua petunjuk dan memperbaiki hatimu).

5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di Syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di Syurga."

6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya.
Barangsiapa yang mengikuti penyempurnaan jenazah hingga solat jenazah maka dia akan memperolihi ganjaran satu qirath, dan barangsiapa yang mengikutinya hingga dikebumikan maka dia akan memperolihi ganjaran dua qirath. Mengikuti jenazah adalah hak Allah, hak jenazah dan hak kaum kerabatnya yang masih hidup.


Sumber: http://abubasyer.blogspot.com/2010/07/tunaikanlah-enam-hak-muslim-terhadap.html

Tuesday, August 03, 2010

Dr. Abdul Basit Abdul Rahman



Pengenalan Diri

Nama: Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman
Gelaran:Abu Anas Madani
Tempat Lahir:Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
Alamat:Pondok Sungai Durian, 18000 Kuala Krai, Kelantan, Malaysia.
Email:ainbaa@yahoo.com
Tel (HP):019-9441881
Tel (Pej.):09-9664161
Website:www.abuanasmadani.com & www.dartaibah.com
Sejarah Pendidikan
  1. Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
  2. BA (Syariah) Universiti Islam Madinah
  3. MA (Syariah) Universiti Islam Madinah
  4. Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah

Jawatan
  1. Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
  2. Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428-1429H.
  3. Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  4. Pembimbing Kepada Jemaah Haji Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd.
  5. AJK Perkim Negeri Kelantan (2008-2010).
  6. Panel Jemputan TV9, Program “Tanyalah Ustaz” dan “Muqaddimah”. TV3 “Al-Kuliyah”.
  7. Panel Jemputan Radio Ikim.fm. Program “Warisan”.
  8. Kolumnis Majalah SOLUSI (Terbitan Telaga Biru) Ruang: SYIAR.
  9. Disamping menerima jemputan ceramah, seminar, forum dan kuliah di seluruh negara.
Sumber: http://www.mymaktabaty.com/2008/08/ceramah-mp3-dr-abdul-basit-abdul-rahman_06.html

Monday, August 02, 2010

Husnul Khatimah



31 JULAI 2010- Kali kedua aku menyampaikan tazkirah secara lisan, secara live dihadapan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat surau. Tajuk kali ini ialah kesinambungan daripada tajuk lepas iaitu "memohon husnul khatimah". Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah kerana syaitan terkutuk akan berkata: Aduh!! orang yang memohon husnul khatimah itu telah mematahkan tulang belakangku. Jika juga hendaklah merasa takut akan suul khatimah kerana tidak mustahil Allah boleh pesongkan hati kita pada bila- bila masa sahaja.



Orang tidak ambil tahu tentang husnul khatimah atau suul khatimah maka tiada peliharaan Allah untuknya. Hari ini ramai yang tak ambil tahu tentang perkara ini. Dunia sekarang lebih pentingkan kemewahan daripada akhirat. Macamana nak ambik tahu, orang lain semua menuntut ilmu mengadap muka ulama' tapi kita dihadapnya muka tv. Berhibur 24 jam. Macamana kita nak dapat husnul khatimah sekiranya kita berada dalam keadaan lalai sentiasa.
Sebahagian salaf soleh berkata: Demi Allah tiada seorang pun akan terselamat dari agamanya, kiranya ia akan dipesongkan Allah, nescaya ia akan terpesong. Lantaran itu, mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan kalau- kalau mereka kelak diwafatkan di dalam suul khatimah, meskipun amal bakti mereka telah cukup dan dosa mereka amat sedikit. 
Perbanyakkanlah berdoa semoga Allah merahmati kita.



KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH