Thursday, July 29, 2010

Nasib Sepasang Kasut



Kasut aku dah koyak!!!!. Nampaknya kena lah beli kasut baru..

Huhuhu. Kalaulah kasut ni ada naluri dan perasaan bagaimanalah perasaan ia kalau aku beli kasut baru dan buang kasut ni dalam tong sampah.. 

Tapi apa pun tak salah kita buang barang yang tak terpakai tapi kita perlu ambik iktibar jer bagaimana kalau perkara sama terjadi pada kita? 

Setiap makhluk yang Allah cipta tak kira yang baik atau buruk semuanya terdapat ibrah yang perlu kita sebagai makhluk yang berakal berfikir sedalam- dalam untuk dijadikan pengajaran dan sempadan dalam hidup. 

Walau apaun kasut ini banyak berjasa padaku. 
Kasut ni aku beli semasa semester dua aku belajar kat USIM. Lama jugak la. 
Aku ingat dapat pakai tiga empat bulan je. Tapi tak sangka sampai  2 tahun. 

Kemana saja ku pergi dalam kawasan kampus untuk menuntut ilmu ia akan ikut sekali tak kira dalam panas ataupun hujan, kami harunginya bersama- sama.

Sekarang tibalah masanya untuk kita berpisah. Wahai "kasutku".
Beginilah kesudahan "nasib sepasang kasut"



Ni la bahagian kasutku yang koyak.

Wednesday, July 28, 2010

Program Motivasi: Mukmin Profesional


MUKMIN PROFESIONAL
Encik Pahrol Mohamad Juoi


31 Julai 2010
DKP 1


Bagi sesiapa berminat, jangan lepaskan peluang terhidang ini..

Marilah sama-sama cepat mendaftar, sementara masih ada ruang..

Tempat terhad...
 
 Sebarang maklumat boleh berhubung dengan:
Zakiri: 013-6282352
Diana: 013-3083402

Susahnya takder air!!!!



Hari ini aku dan sahabat- sahabat mengalami kesukaran kerana bekalan air terputus.
Bangun untuk solat Subuh tadi tiba- tiba buka pili takder air
Susah jugak, nasib baik surau depan rumah. Guna je air kat surau. hehehe.
Aku ingatkan kawasan perumahan kami je yang mengalami masalah ini, rupa- rupanya satu Nilai mengalami masaalah yang sama. 
Baru jap tadi aku buka pili air kuar maknanya air dah ada. 
Alhamdulillah. Susah jugak takder air nie. Allah tarik sekejap nikmat air untuk kita sama- sama ambik iktibar.  
Air sumber kehidupan.
Hargailah air walau setitik ketika wujudnya air.


Saturday, July 24, 2010

Peristiwa penting pada bulan Sya’aban

1. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum. 

2. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H. 

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/

Thursday, July 22, 2010

Lutut Keras Tulang Besi


Lagu nyanyian Matyeh ini mengambarkan seseorang yang malas berusaha dalam bekerja dan juga menuntut ilmu agama.

Tok Kenali


Tok Kenali (1870-1933)
PROFIL
Nama Sebenar: MUHAMMAD YUSUF AHMAD
Nama gelaran : Tok Kenali
Tarikh lahir : 1868
Tempat lahir: Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan
Pendidikan: Sekolah Rendah Kubang Kerian, KB dan Mekah
Guru guru di Kelantan: Tuan Guru Haji Ibrahim, Tuan Haji Abdul Samad Mohd Shalih, Tuan Haji Wan Ismail Wan Senik, En. Ismail Mahmud, Haji Ibrahim Yusuf, Haji Yaakob Abdul Halim, Haji Abbas, Datuk Haji Abdul Malik Musa, Haji Awang, Haji Nik Daud.
Guru guru di Mekah: As Syeikh Hasbullah, As Syeikh Ubaid, As Syeikh Muhammad Amin, As Syeikh As Sayyid Bakri, As Syeikh Muhammad Yusof al- Khayaat, As Sayyid Abdullah As Sayyid Muhammad, Ahmad Muhammad Zain Mushtafa al Fatani
Pekerjaan: Kerani (Kelantan), tukang masak (Mekah), pengarang majalah PENGASUH
Karya: Menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan dalam majalah PENGASUH antaranya berjudul Awang Hidung, Melintang, Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Ulung dan lain lain.
Meninggal dunia: 19 November 1933 bersamaan 2 Syaaban 1352 ketika berumur 65 tahun
(http://puteriizzatulislam.blogspot.com/2009/03/siapa-dia-tok-kenali.html)

TOK KENALI (1870 - 1933)

Tok Kenali (1870-1933) Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dll. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai.
Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad.
Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H – 1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum ini, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja).
Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa – bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan. Antara murid-murid jempolannya termasuklah : Hj. Mat Jebeng (kemanakannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payong, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato’ Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato’ Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai pula nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato’ Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato’ Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani).
Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri – Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah) – juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar.
Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai “Serambi Mekah” itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.
Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

(http://sunnahrasulullah.blogspot.com/)

Banyak Ingat Mati


Semalam merupakan kali pertama aku menyampaikan tazkirah kat Surau yang beradadihadapan rumah sewaku. Rasa gugup jugak la. Tapi sekejap jer selepas tu ok balik. Tajuk yang aku pilih ialah " memperbanyakkan mengingati mati". Mengingati mati adalah wajib sedangkan memperbanyakkan mengingati mati adalah sunat. Kita digalakkan memperbanyakkan mengingati mati kerana sabda Rasulullah SAW:


أكثروا من ذكر هاذم اللذات
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan kelazatan"

Maksud perkara yang menghapus kelazatan ialah "maut" ataupun mati. Maksud mati ialah " ketiadaan hidup bagi yang telah hidup". Maknanya orang yang hidup tak ada hidup baginya selepas itu melainkan mati, sebelum mati ia hidup.


Sebab apa kena ingat mati? Ini kerana apabila kita ingat akan mati yang terlebih jahat jadi kurang jahat, yang kurang jahat menjadi baik,yang baik menjadi lebih baik. Contohnya kalau kita nak melakukan maksiat tiba- tiba tempat kita buat maksiat berlaku kematian, sudah tentu kita rasa kendur sikit niat untuk melakukan maksiat kepada Allah.
Semoga apa yang telah aku sampaikan menjadi pengajaran untuk untuk jemaah surau dan juga untuk diriku sendiri. Jumpa lagi di tazkirahku yang akan datang pada 3 Ogos 2010 nanti. Asslamualaikum.

Sedutan rakaman kuliah maghrib.


KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH