Sunday, February 28, 2010

JKK NILAI D KE PUSINGAN KEDUA PIALA MENTERI BESAR

 
SEREMBAN 27 Feb 2010- JKK Nilai D berjaya menempah tiket ke pusingan kedua dalam saingan Futsal Tertutup Parlimen Seremban bagi merebut Piala Menteri Besar. JKK Nilai D berjaya mencatat kemenangan tipis 3-2 setelah menewaskan Gala A.Format perlawanan diadakan secara play off (kalah mati).

Namun begitu, JKK Nilai D tampak gugup apabila terbukti mereka ketinggalan pada minit pertama permainan apabila pemain Gala FC menembusi benteng mereka dan rembatan deras pemain Gala A terus menerjah jaring JKK Nilai D. Tetapi selepas itu mereka berjaya mengatur gerak dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Mohd Helmi yang menerima hantaran dari Mohd Adli berjaya mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Gala A. Selepas itu Gala  A melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya mereka sekali lagi di depan 2-1 apabila pemain pertahanan Gala A melakukan sepakan jauh serta padu di kawasan mereka sendiri sehingga bola tidak dapat dibaca oleh penjaga gol JKK Nilai D, Faizal. Mohd Helmi mendapat sekurang-kurangnya 2 peluang namun sepakannya dinafikan oleh palang gol walaupun penjaga gol sudah pun tewas dan tidak mampu berbuat sesuatu untuk menyeamatkan pintu gol daripada dibolosi. Separuh masa pertama JKK Nilai D 1-2 Gala A.

Separuh masa kedua bersambung, JKK Nilai D melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan M.Adli dan memasukkan Mohd Alias yang berhasil menyamakan kedudukan selepas menguis masuk bola muntah selepas penjaga gol Gala A gagal menangkap kemas bola dari sepakan Mohd Maizan. Walau bagaimanan pun kedudukan itu sekali lagi berubah apabila Mohd Maizan menjadi duri dalam daging selepas bijak memperdayakan pertahanan dan menendang bola leret menerjah jaring lawan yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Gala A melakukan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol JKK Nilai D, namun kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat permainan.
  
Pemain-pemain JKK Nilai D sedang melakukan latihan pemanas badan.

Kejayaan itu merupakan suatu yang tidak dijangka kerana kami turun sebagai pasukan underdog selain daripada faktor fizikal yang tidak menyebelahi kami kata pengurus pasukan JKK Nilai D, Mohd Alias. Pemain Gala A semuanya tinggi - tinggi jika dibandingkan kami seolah-olah budak sekolah yang baru belajar main futsal.

Walaubagaimanapun alhamdulillah kami bersyukur dengan kemenangan ini dan di pusingan kedua nanti kami akan bermain bermati matian untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik dalam kejohanan ini. Terima kasih kepada pemain kerana memberi komitmen dan semangat yang jitu petang tadi (semalam).

Kejohanan ini disertai sebanyak 126 pasukan dari seluruh Parlimen Seremban. Dengan kemenangan itu meletakkan pasukan JKK Nilai D antara 63 pasukan terbaik daripada 126 pasukan yang bertanding. Sementara itu JKK Nilai A dan JKK Nilai C juga berjaya menempah aksi di pusingan kedua setelah menewaskan lawan masing-masing. JKK Nilai B pula terpaksa melupakan hasrat merebut Piala Menteri Besar setelah gagal dalam pusingan pertama.

Aksi perlawanan pusingan kedua akan dilangsungkan esok (hari ini).

Thursday, February 25, 2010

SALAM MAULIDURRASUL

Sunday, February 21, 2010

Selamat Datang!!!!

Assalamualaikum. Selamat datang diucapkan kepada sahabat-sahabat yang baru sahaja tiba di Nilai termasuk saya sendiri. (heheheheheheehe). Habis dah cuti sekarang nie pikir sal belajar plak!!!

Friday, February 12, 2010

Cuti Mid Sem (Balik kg belako)

Salam. Semeta lagi ambo nak gerok doh. Nak gi Sutera Indah. Ha teko sebab apo ambo nak gi sana? Sebab ambo nak naik bas sana. Sebenarnya ambo nak balik kampung male ni, bertolak kul 9 di Sutera Indah. Maybe dalam kul 5 pagi esok sapa la ambo di tanah tempat tumpah darah ambo di Kuala Krai. Ambo nak ambik kesempatan ni nak mohon maaf pada saeng- saeng ambo kalu selama ni ada silap saloh ambo. Pahtu semoga kito semo hok balik ni mugo-mugo sapa rumoh belako-lako deh.. InsyaAllah. Bereh ah ambo takdok modal nok kecek gapo doh. Bereh ar belako, ambo nok gi sipe pakaian meta deh. Namoke nyo tinggal ko bah gak bejerit ambo nok balik tokleh. Ko guano? Bereh bro, Jumpa lagi belako minggu depe, Assalamualaikum....................

Wednesday, February 10, 2010

WAHAI INSAN

Salam. Kehidupan kita sehari-hari tidak boleh lepas dari kesalahan dan dosa. Kadang - kadang kita tidak menyedari akan kesalahan yang kita lakukan itu. Oleh itu kita perlu kepada nasihat daripada seseorang, tak kiralah dari sesiapapun yang penting nasihat itu adalah nasihat yang berguna. Semoga dengan nasihat itu kita dapat menyedari segala dosa kita agar kita tidak lalai dalam menghadapi liku -liku hidup kita yang penuh dengan warna warni ini. Jadi, sebagai satu nasihat, ana sediakan di bawah satu lirik lagu yang agak memberi kesan yang mendalam bagi orang yang merasainya. Petikan lirik lagu " Wahai Insan" sangat-sangat sesuai untuk kita jadikan pedoman dan nasihat untuk kita kembali menginsafi diri kita yang penuh dengan kedhaifan ini sebelum kita kembali menemui Allah.


Wahai insan ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati

Ingatlah siksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira
Jikalau dirimu leka durhaka
Tentulah nanti akan tersiksa

Ingat dan waspada wahai manusia
Menempuh hidup banyak dugaan
Iman dan takwa letaknya dijiwa
Bahgia hidup sepanjang masa




Nyanyian Kumpulan Hijjaz

Sunday, February 07, 2010

PROGRAM HIMPUNAN INTELEK FPQS 2010


6 FEB 2010. Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Qur’an dan Sunnah (SPP) telah menganjurkan suatu program yang diberi nama "Program Himpunan Intelek Fakulti Pengajian Qur’an dan Sunnah 2010". Program ini diadakan di Pavillion USIM dan berlangsung dengan jayanya. 
Pavillion USIM

Dibawah ini disertakan foto- foto kemeriahan program yang sempat ana dan sahabat-sahabat rakamkan sebagai tatapan untuk anda semua.

                                                                          
Peserta bersarapan sebelum sebelum acara bermula

Lecturer dan staff FPQS bersiap sedia untuk bermain futsal

Lecturer2 sedang bermain futsal bersama pelajar-pelajar

Perlawanan futsal sedang dilangsungkan

Acara padang

Ini merupakan dua orang peserta road relay

Acara tarik tali wanita ( tarik mek jange tok tarik)

Sek-sek lepas kaloh futsal...hu3

Steady la Razi, yakin boleh!!!!

Dr Karim Toure juga tidak ketinggalan menyertai acara tarik tali lelaki.

Makcik -makcik kita gembira dapat hamper...hehehehe

Ni plak jurukamera baru nak belajar pegang kamera ni.
Acara tarik tali. Gambar bawah: Tahir, Maizan dan Saipuldin

Dua orang rakan sedang berbincang sesuatu.

Wajah-wajah gembira peserta

Dua urusetia (Majdi dan Zaim) tidak melepaskan peluang turut mengambil bahagian.

Dr Karim dan Ustaz Amirudin berehat selepas kepenatan

Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Qur’an dan Sunnah mengambil inisiatif bagi menganjurkan Himpunan Intelek Fakulti Pengajian Qur’an dan Sunnah 2010 dengan bertujuan untuk meningkatkan jatidiri mahasiswa/i serta memotivasikan diri untuk menghadapi realiti cabaran dunia sebenar. Ini penting untuk menyediakan mahasiswa/i yang berdaya tahan dan berkepimpinan untuk generasi akan datang. Disamping menerapkan nilai- nilai berpasukan yang berteraskan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi dikalangan peserta, program ini diharap membentuk sifat kemasyarakatan dan kekeluargaan dikalangan peserta. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan yang ingin melahirkan generasi berdaya tahan dan masyarakat penyayang menjelang tahun 2020. (http://sfpqs.blogspot.com/)

- AKAL YANG SIHAT DARI TUBUH BADAN YANG SIHAT-



KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH