Sunday, January 31, 2010

KITAB BAKURATUL AMANI

KITAB BAKURATUL AMANI


Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني)

Kategori: Tauhid/Aqidah

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)

Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M

Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لارشلد عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.

Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.

Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi.

Dipetik dari: http://pondokhabib.wordpress.com/2009/04/30/kitab-bakurah-al-amani/ 

AWAS!!! BLOG MENGHINA ISLAM

Terdapat beberapa blog menghina Islam yang ana jumpai seperti di bawah, sila klik sekiranya anda ingin melihatnya dengan lebih lanjut:-


Dan banyak lagi..............Tujuan ana menyenaraikan link ini bukanlah untuk mempromosikan blog mereka tetapi sekadar untuk memberi informasi dan pendedahan betapa  musuh Islam sentiasa gigih mencari jalan untuk menjatuhkan dan memusnahkan kemuliaan Islam.

Semoga Allah sentiasa memelihara akidah kita. Amin...

Saturday, January 23, 2010

Sangkakala


SANGKAKALA- HALIM YAZID.

Salam. Best jugak dengar lagu yang bertajuk sangkakala ni. Nyanyian dikir oleh Halim Yazid yang popular dengan lagu "anak tupai". Lagu yang dimuatkan dalam album inovasi ini memberi gambaran kepada kita tentang keadaan huru-hara dan kedahsyatan yang berlaku semasa penghujung umur dunia yang mana semua kekayaan atau pun harta benda dan anak pinak sudah tidak berguna lagi ketika itu kerana masing-masing ingin menyelamatkan diri. Pada hari itu semua planet termasuk bumi berlanggaran antara satu sama lain. Ini merupakan janji tuhan yang pasti berlaku. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Hayatilah lagu dan liriknya yang penuh dengan nasihat dan pengajaran ini.


Tengah mengilai suka suka
Ore di kedai lari rata
Anak kuba sakit mata
Bukit bukau pun jadi rata

Bulan berlaga dengan matahari
Bintang berjuta jatuh ke mari
Bumi kita apa dah jadi
Agak demo kemana nak lari

Ore kaya ore sesok
Kena belaka tokleh nak elak
Harta ada pun jadi takdok
Anak di riba selerok tarok
Toksoh dok hiba jerit mengisak
Dosa dengan pahala hok mana mu banyak

Janji tuhan tetap tiba
Dalam Quran ada nyata
Bunyi tiupan sangkakala
Hari kemudian pasti ada


DENGARKAN LAGU SANGKAKALA DI SINI.

Sunday, January 17, 2010

BERITA KEPADA KAWAN

Membahayakan Tauhid, Lagu Ebiet G Ade “Berita Kepada Kawan



Setiap kali terjadi bencana di tanah air, lagu Ebiet G Ade yang berjudul “Berita Kepada Kawan” sering diputar di stasiun-stasiun televisi menjadi background music. Aku pun suka lagu itu. Kalau gitaran, lagu “Berita Kepada Kawan” biasa aku mainkan.
Tapi, lama kelamaan menyanyikan lagu itu, rasa-rasanya kok ada yang gak enak di perasaan. Hmmmpf….. Kenapa ya? Musiknya bagus, liriknya juga menyentuh perasaan. Apa ada yang nggak tepat… Coba kita simak dulu syairnya :

“Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika kutanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
 Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.”


Ternyata memang ada sebaris kalimat yang mengganggu, menyinggung lingkup ketauhidan.
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa”.

Siapa Ebiet dan apa yang dimaksud dengan Tuhan (T huruf besar) dalam lagu itu? Apa agama yang dianut Kang Ebiet?
Baiklah kita kerucutkan bahwa Kang Ebiet beragama Islam dan yang dimaksud dengan kata Tuhan itu adalah Allah Ta’ala. Kalau ternyata Ebiet G Ade tidak beragama Islam, tidak perlu dibahas lebih lanjut dan dianjurkan untuk tidak lagi ikut menyanyikan lagu itu dengan perasaan yang tertuju pada “Tuhan”. Alias tidak ikut-ikut.
Kenapa menyinggung lingkup ketauhidan? Sayangnya aku bukan ahli hadist, bukan ahli tafsir, bukan ahli fiqh. Kalau aku ahli-ahli itu semua dan perasaan ketauhidanku terganggu dengan kalimat itu tentu aku bisa mencari dalil-dalil yang berkaitan, atau kaidah-kaidah fiqiyyah yang bersinggungan dengan pelanggaran ketauhidan..
Sifat Allah Ta’ala yang mukhal diantaranya adalah bosan. Tidak mungkin Allah punya sifat bosan. Dalam lagu itu ada kata “mungkin”, yang jelas diartikan mengandung dua jawaban, yaitu mungkin iya dan mungkin tidak. Dikaitkan dengan kalimat-kalimat syair sebelumnya, berarti Allah Ta’ala menciptakan bencana karena mungkin bosan melihat tingkah laku makhluk-Nya yang bangga dengan dosa-dosa. Disinilah letak ketersinggungan tauhid. Tuhan (Allah Ta’ala) tidak mungkin dan sekali lagi tidak mungkin bosan, sampai-sampai karena kebosanan-Nya itu kemudian membuat bencana untuk makhluknya yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa.
Lagu itu memungkinkan Tuhan (Allah Ta’ala) bosan !!!
Kadang kita memang berlebihan mempersonifikasikan Tuhan sama dengan manusia. Ungkapan kecintaan lewat syair, tapi tidak ada kehati-hatian bahwa syair kita telah menyinggung sifat dan kesempurnaan Tuhan.
Dulu pernah ada lagu yang dilarang, karena ada kalimat “Takdir memang kejam”. Dengan bermacam dasar ketauhidan pula lagu itu dilarang kalau kalimatnya tidak diganti. Tapi kenapa lagu Ebiet G Ade dengan judul “Berita kepada kawan” ini tidak dilarang, padahal juga menyinggung ketauhidan?? Ataukah aku yang salah mengapresiasi???

Wednesday, January 13, 2010

ULANGTAHUN HARI LAHIRKU

ImageChef.com


Assalamualaikum. Hari ini genaplah 23 tahun umurku mengikut kalender masihi. hehehe. Semoga Allah SWT sentiasa merahmatiku, memberkatiku dan memberi pengampunan terhadap dosa-dosaku yang lalu. Amin.

Sunday, January 10, 2010

Memori Lalu Mengusik Kalbu


Ni fotoku ketika berusia 6 tahun, ambik gambar ni kerana cikgu Nisah nak lekatkan kat rekod kemajuan murid semasa pra sekolah. (1993)


Semasa di Tahun 6 SKBM (jamuan akhir tahun 1999)

Foto ni semasa di Tingkatan 3. (2003) Sempena Majlis perasmian bangunan baru SMU (A) Al Saadah Batu Mengkebang oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz B Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

18 April 2004- Perlawanan Bola Sepak peringkat Zon 6 Kuala Krai. Hanya layak ke separuh akhir selepas tewas di tangan SMU (A) Rahmaniah dengan jaringan 2-0.
( Masa ni ana di tingkatan 4)

Pertandingan nasyid peringkat zon 6 di SMU (A) Syukuriah Bukit Sireh. Kali pertama bernasyid. Dapat saguhati je.



Ni plak semasa Karnival Sukan SMUAS 2005.

Foto ni diambik semasa mengikuti Kem Rehat Minda 2005 yang berlangsung pada 28 Sept -1 Okt 2005.


Ni gambar guru- guru kesayangan
Berdiri dari kiri: Cikgu Wan, Cikgu La, Ustzh Sabariah, Ustzh Habibah, Ustzh Siti dan Cikgu Hasnah.
Duduk dari kiri: Ustaz Hasim, Sir Fariza, Mudir Us Mat Ail, Us Romzi, Us Wan, Cikgu Jad.



Gambar kenangan bersama rakan Tingkatan 5A dan guru-guru perempuan SMUAS.

Baiti Jannati 2005


Baiti Jannati 2007

Monday, January 04, 2010

KELAS TALAQQI: RUMUSAN BAB ISTINJAK


2 Jan 10- Setelah berhenti rehat selama 5 bulan, kelas talaqqi bersama Ustaz Syed Tarmizi disambung lagi 2 hari lepas. Kali ini kami belajar tentang bab istinjak dan adab qadha hajat. Istinjak bermaksud "aku memutuskan sesuatu" yakni seolah2 orang yang beristinjak itu memutuskan atau membuang kotoran najis dari tubuhnya. Dari segi istilahnya pula ialah: membersihkan tempat keluar najis selepas membuang air kecil atau besar dengan menggunakan air atupun batu. Wajib beristinjak kerana keluarnya al baul (air kencing) dan al gha it (najis) dengan menggunakan air atau batu ........



istinjak menggunakan air adalah lebih afdhal

......atau seumpamanya yang berbentuk pejal yang boleh menanggalkan najis serta sesuatu yang tidak dihormati. Lebih afdhal sekiranya menggunakan batu kemudian diikuti air. Sekiranya menggunakan batu diwajibkan sebanyak tiga kali sapu dengan 3 bucu sekiranya menggunakan 1 batu yang sama. Sekiranya tidak cukup ataupun najis masih belum cuci maka bolehlah menambah batu sehingga hilang najis di tempat keluar najis. Sunat sekiranya kita mengganjilkan batu tersebut sebanyak tiga atau lima atau tujuh. Sekiranya ditanya antara air dan batu manakah yang lebih afdhal? maka jawabnya air kerana sifat air yang menyucikan dan boleh menghilangkan najis berserta kesannya. Syarat beristinjak dengan batu pula adalah:

1. Najis yang keluar belum kering.
2. Najis tidak berpindah dari tempat keluar najis.
3. Tidak mendatangi najis yang lain (asing).

Kemudian adab orang yang ingin qadha hajat adalah seperti berikut:-
1. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat di kawasan terbuka. Sekiranya ada dinding tidak mengapa dengan syarat jarak dinding tersebut tidak sampai 2/3 hasta. Sekiranya lebih 3 hasta maka hukumnya sama seperti berada di kawasan terbuka melainkan binaan yang telah tersedia untuk qadha hajat.
2. Tidak qadha hajat di tempat yang terdapat air yang tidak mengalir (bertakung). Makruh sekiranya terdapat air yang sedikit dan lebih aula dan sunat dijauhi mengqadha hajat di tempat tersebut. Imam Nawawi pula mengharamkanya, tetapi pendapat ini tidak kuat.
3. Tidak qadha hajat dibawah pohon yang berbuah.
4. Tidak qadha hajat di jalanan yang dilalui oleh orang ramai.
5. Tidak qadha hajat di bawah bayangan atau tempat manusia berteduh dan juga tempat yang menjadi tumpuan manusia ataupun tempat manusia berhimpun contohnya bus stop.
6. Tidak qadha hajat di lubang-lubang yang terdapat di muka bumi.
7. Tidak bercakap.
8. Tidak menghadap dan membelakangi matahari dan bulan.

Bersambung lagi di kelas talaqqi yang akan datang................

Sunday, January 03, 2010

16 Tanda Kematian Mulia

Tulisan : Mohd Zawawi Yusoh

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ’su’ul khatimah.’

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Dipetik dari: http://albakriah.wordpress.com

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH