Sunday, May 30, 2010

Sedetik Bersama Sahabat Lama




30 MEI 2010- Baru sekejap tadi aku keluar dengan sahabat lamaku. Beliau yang bekerja di Johor Bharu pulang ke kampung 2 hari lepas untuk bercuti. Lama benar kami tak jumpa. Kami bersahabat hampir 16 tahun. Kami pernah berada di satu kelas yang sama selama 9 tahun berturut- turut. Berjumpa jarang-jarang kami gunakan masa berbual tentang perihal semasa diri masing-masing. Tadi kami keluar makan di kedai Kak Yam. Sampai sahaja di sana kami rasa kenangan lama terimbas kembali kerana di zaman persekolahan dulu kami selalu makan mee goreng kat sana bersama rakan - rakan yang lain tetapi pada malam ini kami tak makan mee. Kami order nasi goreng jer. Terasa begitu cepat sangat masa yang berlalu. Banyak perubahan yang berlaku tak kiralah dari segi mana pun...Suasana pun berubah, manusia pun berubah, umur pun berubah.

Sunday, May 23, 2010

Memukat Burung


Alhamdulillah. Petang tadi aku dan sepupuku Imi telah memukat burung di tepi sungai yang terletak di belakang rumahku. Biasanya belakang rumah terdapat pokok tepat burung tidur. Biasanya terdapat burung Ngobok, Punai dan lain- lain. Kami mulakan misi kami dengan memasang pukat burung tersebut pada pukul 3 petang. Pukat dipasang sebanyak dua utas. Fuh!! letih jugak sebab sebelum nak pasang pukat tersebut kami kenalah menebas kawasan yang hendak dipasang pukat tersebut. Kebiasaannya burung yang kami dapat akan disembelih dan dijadikan lauk untuk hidangan makan malam.


Walau bagaimanapun kami tak mendapat sebarang hasil kerana kesilapan kami memasang pukat terlalu tegang atau tidak kendur. Burung yang merempuh pukat berjaya membebaskan diri dengan selamat kerana pukat terlalu tegang. Sebelum ni kami dah pernah memasang pukat tetapi oleh kerana terlalu lama tidak memukat burung kami terlupa yang pukat burung tidak boleh terlalu tegang.

Insyaallah esok kami akan mengunakan strategi lain untuk memukat burung. untuk mendapatkan hasil yang diidamkan. Mudah- mudahan Allah Taala mempermudahkan. Amin.

Puas Hati!!


Semalam aku jalan- jalan ke rumah sahabat lamaku, Azran sambil menghantar CD Permata Hijjaz yang ku pinjam seminggu lepas. Tapi rupa- rupanya Azran tiada di rumahnya kerana ke KB tengok bola. (Kelantan lawan Perlis). Masa aku sampai kat rumahnya, adik beliau yang sedang bermain bola menyambut aku. Selepas itu, aku ke padang bola kecik yang berdekatan dengan rumah beliau. Mulanya aku tgok jer orang main tapi kaki aku terasa gatal- gatal nak sepak bola. So, akhir sekali aku main jugak. Tak dapat nak tahan rindu nak main bola. hehehe. Walaupun mutu padang tak berapa elok tapi rasa puas hati sangat dapat main bola.

Saturday, May 22, 2010

Liga Super Malam Ni!!!

KELANTAN VS PERLIS
(Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)

Misi mengejar pendahulu liga, Selangor. Saksikan perlawanan bola sepak TM liga Super 2010 antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad keIV Kota Bharu malam ini. 

Ramalanku Kelantan 3 Perlis 0.

Untuk mendapatkan pelbagai info pasukan kelantan sila lawati www.kelate.net
promo

Friday, May 21, 2010

Diskusi Kitab





Thursday, May 20, 2010

Kedai Topup di rumahku


Ha.. Ni la kedai topup kat rumahku... kedai di dibina penghujung tahun 2009 yang terletak kt bawah rumahku.. Kedai ni dah pun digunakan awal januari lalu. Ha.. saper- saper yang nak beli topup datang la. Harganya boleh dikatakan murah la. Tak ambik lebih sen- sen. Kalau tambah nilai RM3 harganya pun tetap RM3. Tapi bukan aku yang jual..kedai ni kepunyaan kakak aku...hehehe.



CELCOM: RM 3 ke atas
MAXIS: RM 3 ke atas

Pembelian secara online tidak dibenarkan sama sekali...hehehe.

Sunday, May 16, 2010

Sedapnya madu lebah...


15 May 2010- Sedapnyer dapat merasa madu lebah yang fresh dari sarangnyer lagi..hehehe. Semalam abah dan rakannya mendapatkan madu lebah entah dalam hutan maner... yang penting aku dapat merasa madu tersebut.

Emmm manis sekali dong!!!

Diantara khasiat madu lebah seperti yang terdapat di laman Lubuk Petua Warisan adalah:

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”

SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.


Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

Sumber:  http://www.petua.org/?p=199  

Selamat Hari Guru










Di kesempatan ini inginku mengucapkan "Selamat Hari guru" buat semua insan yang bergelar guru khususnya kepada cikgu-cikgu di Sekolah kebangsaan Batu Mengkebang 1994-1999, ustaz ustazah di SMU (A) Al Saadah Batu Mengkebang 2000-2005, juga guru- guru di Maahad Rahmaniah Kuala Krai. Tanpamu semua siapalah aku.. Jasamu akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Friday, May 07, 2010

Rehat Minda di Jeram Toi

Keindahan air terjun ciptaan Allah.

6 MEI 2010- Selepas berjumpa dengan supervisor untuk tesisku Prof Madya Dr. Adel pada pukul 10.30 pagi semalam, aku dan sahabat-sahabat telah menuju ke satu tempat yang terkenal dengan keindahan air terjunnya iatu JERAM TOI.


Jeram yang terletak di daerah Jelebu ini biasa kami pergi untuk merehatkan minda. Perjalanan kami mengambil masa selama 30 minit. Kali ini kami disertai oleh Saudara Najib dan isterinya.

Wednesday, May 05, 2010

EXAM dah Habis!!!



Dengan berakhirnya speaking test pagi tadi maka secara rasminya berakhirlah exam untuk semester ini...hahahaha. MUET kali ni aku dapat candidate B buat pertama kali. Dua kali sebelum ni candidate D. Pertama kali juga aku bergandingan dengan lelaki ( Firdaus, Helmi dan Alias) dalam ujian speaking ini.

Sunday, May 02, 2010

Pertemuan


1 MEI 2010- Semalam diadaka reunion secara santai bekas pelajar tingkatan 5 SMU (A) Al Saadah Mengkebang. Mohd Ariff yang menjalani kursus kagat di Port Dickson datang menjenguk kami di Nilai. So, kami pun berkumpul di restoran mamak (Barokah) yang terletak di Akasia berdekatan dengan kampus USIM.

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH