Sunday, April 25, 2010

MUET OH MUET!!!


SMK Sungai Pelek

24 APRIL 2010- Aku dan sahabat -sahabat menduduki peperiksaan MUET di SMK Sungai Pelek. Jauh jugak la. Setengah jam lebih jarak masanya... Kami bertolak Jam 6.50 pagi dan tiba di sana lebih kurang 7.20 pagi. Apa yang aku nak ceritakan pasal exam MUET...Rata-ratanya ni merupakan kali ketiga kami ambik MUET. Yang paling parahnyer aku, 2 kali ambik 2 kali jugak la dapat band 1. Tapi markah tu meningkat la sikit. Untuk MUET kali ni aku rasa cam kene ambik sekali lagi jer. Aper tidaknyer...masa paper Reading tu aku tembak jer banyak. Dahla aku xsempat nak baca dan memahami betul-betul petikan yang diberi.



Masa Writing ok la sikit leh karang lebih 350 patah perkataan. Yang ramai tak puas hati masa Listening. Ha yang ni ramai complain kata xdengar lebih- lebih lagi yang dok belakang cam aku. Speaker kecik, suara bergema kejap besar kejap kecik. Orang yang dok depan pun kurang jelas apa lagi yang dok belakang.. Hehehe, tapi aku kat sini bukannya nak komen lebih-lebih sebab bagi aku takder saper- saper yang bersalah dalam hal ini selain diri aku sendiri. Saper suruh aku malas sangat study. Setakat nak band 3 tak semestinya bergantung pada kertas listening kan. Kita leh score kat kertas lain kalau kita betul-betul study dan kita betul-betul tahu kelemahan kita di listening.
Perjalanan menuju ke medan peperangan MUET

Bagi aku pasal speaker tu aku tak kisah sangat, aku tak melenting pun sebab kalau speaker tu bunyinya elok pun aku belum tentu dapat tangkap perkataan orang putih tu. Hehehe. Bak kata pepatah " kalau tak pandai menari, janganlah salahkan lantai yang jongkang jongkit (tak rata).. Dah terbukti pun sebelum ni dah 2 kali amik MUET, pastu dalam kelas BI3 pun aku xdapat- dapat jugak nak tangkap. Tapi sesuatu yang best exam kat sini aku rasa cam berada dalam alam persekolahan semula. Hehehe. Apa-apa pun terima kasih kepada Majlis Peperiksaan Malaysia, pihak sekolah kerana menyediakan tempat peperiksaan untuk kami. Tak lupa juga kepada pengawas peperiksaan dan kawan -kawan.

MUNGKIN SETIAP SESUATU YANG BERLAKU TU ADA LAH HIKMAH DISEBALIKNYER. MUNGKIN ALLAH NAK MENGUJI KESABARAN KITA DALAM MENUNTUT ILMU. JANGAN CEPAT MENGELUH, JANGAN CEPAT MELATAH. BERSABARLAH DI ATAS JALAN KEBENARAN.

Jangan lupa SPEAKING 5 hb Mei 2010 nanti.

SEMOGA SEMUA DAPAT BAND 3, KALU TAK DAPAT JUGAK CUBA LAGI DI MASA AKAN DATANG.
-USAHA TANGGA KEJAYAAN-

Friday, April 23, 2010

Masalah Saka


Roh Yang Kuat Akan Dapat Mengelak Gangguan Saka

Gangguan iblis dan syaitan merangkumi iktikad atau kepercayaan yang boleh menyebabkan seseorang itu sesat; kufur, syirik atau murtad. Selain daripada itu iblis dan syaitan juga mengganggu otak manusia menyebabkan seseorang mangsa itu berhadapan dengan masaalah yang berkaitan dengan otak, pada hati menyebabkan timbulnya rasa was-was, tidak percaya pada tuhan, pada agama yang dianuti dan sebagainya. Iblis juga menganggu jasad manusia menyebabkan seseorang itu berasa sakit pada bahagian jasad yang berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut perjalanan darah.

Gangguan Fizikal Yang Dituruti Dengan Gangguan Iblis Dan Syaitan

Orang yang lemah tubuhnya akibat kecederaan fizikal, disertai dengan roh yang lemah lebih mudah diganggu oleh iblis dan syaitan berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masaalah fizikal. Orang yang berhadapan dengan masaalah stress berpanjangan, lebih mudah diserang histeria berbanding dengan mereka yang hidup tenang, suasana yang menggalakkan dan berupaya meraih ketenangan hidup.

Gangguan iblis dan syaitan ke atas manusia adalah sesuatu yang benar. Ia boleh berlaku yang melibatkan bahagian otak, hati, jasad. Seperti manusia, apabila kehidupan makhluk ghaib itu diganggu oleh manusia, biarpun perbuatan tersebut dilakukan diluar pengetahuan, makhluk ini akan bertindakbalas. Gangguan boleh berlaku samaada ketika berada dihutan, ditempat sunyi jauh daripada manusia, dikubur-kubur dan sebagainya. Tanpa kesalahan atau kesilapan manusia makhluk ini juga sering mengganggu manusia kerana dikalangan makhluk ini memang terkenal dengan kejahatannya. Inilah yang dinamakan ‘GANGGUAN’.

Apabila kegiatan manusia itu disokong atau disertai oleh jin-jin yang terdiri daripada syaitan atau sebagainya, samaada makhluk tersebut dibela atau dibuat sahabat, maka ketika itu orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan yang dinamakan ‘sihir’. Orang yang melakukannya dinamakan ‘tukang sihir’. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin-jin seperti yang dijelaskan.

Meresap

Dengan ilmu kebatinan yang dipelajari dengan sengaja atau tidak disengajakan, orang yang seperti ini berupaya menyeru jin atau jin-jin tersebut meresap masuk dalam tubuhnya. Ketika itu jasad manusia berkenaan akan menjadi seumpama sarung semata-mata. Kegiatan berikutnya yang dilakukan oleh makhluk iaitu jin yang meresap dalam tubuh tadi.


Ketika inilah orang yang berkenaan boleh melakukan kegiatan tertentu bergantung kepada keadaan. Ia boleh melakukan rawatan yang dikenali sebagai rawatan tradisional dimana kegiatan tersebut ada kalanya melibatkan amalan menurun, menilik, mengurut dan sebagainya. Penglibatan makhluk ini dalam tubuh membolehkan seseorang itu melakukan pergerakkan silat biarpun dia tidak pernah mempelajari pergerakkan fizikal ilmu persilatan sebelum itu, menjadi kebal dan sebagainya.

Selain daripada itu, makhluk ini juga boleh digunakan untuk menyakiti atau menyihir orang lain. Menyebabkan lahirnya ilmu penunduk, ilmu penggerun, ilmu pemanis muka dan sebagainya. Perlu diperjelaskan bahawa kegiatan yang dijelaskan diatas ini tidak akan berlaku tanpa adanya penglibatan jin atau jin-jin yang meresap dalam tubuh manusia.

Apabila Orang Yang Memiliki Ilmu Meninggal Dunia

Apabila orang yang berkenaan meninggal dunia, saka tersebut diwarisi oleh seorang atau beberapa orang waris tertentu. Kesan daripadanya mangsa akan menghadapi masaalah yang hampir sama dengan masaalah yang ditanggung oleh pewaris asal. Makhluk yang terlibat dengan kegiatan individu berkenaan perlu berdamping atau ‘dibela’ oleh orang lain, semata-mata untuk menyesatkan manusia yang biasanya terdiri daripada saudara mara. Dari sinilah lahirnya istilah SAKA, iaitu makhluk jin yang berdampingan dengan waris terkeatas itu diturunkan atau dipusakai oleh waris terkebawah, dimana penurunan ini selalunya berlaku dikalangan waris yang rapat.

Penurunan Saka

Penurunan saka ini boleh berlaku dalam dua keadaan;

Berlaku secara terus : Orang yang mempunyai saka itu dengan terang-terangan memberitahu yang dia menurunkan ilmunya kepada orang tertentu. Waris yang terlibat kebanyakkannya tidak menyedari bahawa apa yang diturunkan atau yang dipusakai itu adalah terdiri daripada jin-jin atau hantu-hantu. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah istimewa berbanding dengan waris-waris lain kerana mewarisi ilmu kebatinan.

Berlaku menurut kehendak : Penurunan ini berlaku menurut kehendak jin itu sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya pewaris itu telah meninggal dunia.

Biar dalam keadaan apa sekali pun, masaalah yang berkaitan dengan saka adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku. Ia melibatkan jin-jin, membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu yang luarbiasa seperti yang diterangkan. Dan apabila seseorang itu menerima saka, ia akan mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh orang yang mempunyai saka yang asal.

 
Satu jenis saka yang lain ialah saka yang merupakan penyakit atau gangguan daripada jin-jin tidak melibatkan rawatan. Orang yang terlibat apabila diganggu saka adakalanya fungsi otaknya menjadi tidak normal, berjalan ditengah malam tanpa dapat mengawal diri, duduk termenung sendirian, marah tidak menentu, mengamuk dan sebagainya termasuk menghantuk-hantukkan kepala kedinding.

Manusia mudah terdedah kepada masaalah termasuk penyakit kerana manusia itu tidak mempunyai ketahanan diri yang ampuh yang dikenali sebagai ‘body resistance’. Orang yang seumpama ini mudah dijangkiti kuman batuk, selsema, sakit kulit dan sebagainya berbanding dengan orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat.

Begitu juga dengan kekuatan roh, yang berupaya menolak pelbagai masaalah kebatinan atau kerohanian termasuk apa yang dikenali sebagai ‘saka’. Kerana itu untuk memperlengkapkan diri daripada diganggu oleh saka iaitu jin-jin tadi, kita perlu mempunyai roh yang kuat. Roh yang kuat perlu pemahaman agama, dimana ia akhirnya diterjemahkan melalui amalan atau ibadah. Hanya dengan ilmu sahaja seseorang itu menaruh keyakinan terhadap Allah SWT dan rasa ikhlas ketika melakukan amalan-amalan tersebut. Itulah yang dikenali sebagai sebagai amalan bertakarub iaitu memperhambakan diri kepada Allah SWT lalu akhirnya seseorang itu mendapat kurnia kasih Allah SWT. Apabila ini berlaku, orang yang berkenaan akan memperolehi kekuatan zahir dan batin. Ketika ini apabila dia bermohon, Allah SWT akan memperkenankannya dan ketika memohon perlindungan, Allah SWT akan melindunginya. Demikianlah janji-janji Allah SWT terhadap hamba kekasihnya.
 
Amalan-amalan ini melibatkan ibadah pada waktu malam, dimulai dengan sembahyang taubat, kemudian beristighfar, sembahyang tahajud, sembahyang tasbih, berzikir, selawat dan diakhiri dengan sembahyang hajat. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita juga kepada mereka yang menghadapi masaalah yang serupa.

Sumber : http://perubatanalhaz.tripod.com/id14.html

Thursday, April 22, 2010

Selamat Menempuh Final Exam


SELAMAT MENEMPUH FINAL EXAM BUAT SAHABAT - SAHABAT SEPERJUANGANKU DI USIM. SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT KELAK. INSYAALLAH. AMIN.....

Monday, April 19, 2010

Musim Exam menjelma lagi



Musim Exam menjelma lagi. Dah bersediakah kita? Segala peralatan dah beli ker? Musim ni la ramai orang demam. Demam sebab nak exam. Apa tidaknyer? masing- masing stress la, buku tu tak baca lagi, buku ni tak baca lagi. Ni la akibatnyer kalau study last minit. 

Cuba study awal- awal tak la jadi kelam kabut cam sekarang. Nasib baik aku dah study sikit-sikit tp tu pun banyak lagi tak faham. Subjek yang agak susah sikit sem ni mungkin Qawaid Fiqhiyyah. 

Biasanyer soalan berbentuk masalah. so, kene banyak berfikir dan hafal semua kaedah- kaedah. Ape-ape pun aku nak amik kesempatan ni tuk ucapkan good luck kepada semua rakan- rakan. Mintak maaf semua. Semoga berjaya. Bittaufiq wannajah.


Di bawah ni adalah jadual peperiksaan akhirku bagi semester 6:
 
1. Metodologi Penyelidikan - 20 April 2010 (9am)
2. Bahasa Inggeris 3 - 21 April 2010 (9am)
3. Kajian Quran Dan Hadith Di Era ICT - 22 April 2010(2.30pm)
4. Hadith 2 - 26 April 2010 (2.30 pm)
5. Keusahawanan -27 April 2010 (2.30 pm)
6. Sunnah Bidaah dan Khurafat - 29 April 2010 (2.30pm)
7. Qawai Fiqhiyyah - 30 April 2010 (3pm)
8. Kajian Hadith Dhaif dan Maudhuk - 4 Mei 2010 (2.30pm)

Satu lagi exam yang aku akan hadapi pada 24 April adalah MUET (reading, writing and listening) dan 5 Mei 2010 MUET (speaking). Semuanya berlangsung di Sekolah Menengah Sungai Pelek.

Saturday, April 17, 2010

Liga Super Malam Ni!!!

NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN

Semoga pasukan Kelantan berjaya membawa pulang 3 mata berharga dalam pertemuan menentang juara Piala FA 2010 pada malam ini.

Friday, April 16, 2010

PAGI ESOK EXAM HIFZ QURAN

Bertungkus lumus aku hari ni, dari pagi lagi sibuk hafal Quran. Maklum la esok ada ujian akhir Hifz Quran. Aku rehat tengah hari kejap dan petang kejap. Malam dari kul 9 sampai 12. Orang laen leh jaga 30 juzuk tapi kita 3 juzuk pun terkapai -kapai. Bukan senang nak jaga 3 juzuk pun. Aku pulak bukannya jenis rajin mengulang. Hehehe. Tapi best hafal Quran ni.... harap2 lepas ni aku leh jaga 3 juzuk ni. Apa2 pun harap2 aku dapat jawab soalan esok pagi...InsyaAllah.

Wednesday, April 14, 2010

BENGKEL PENULISAN ILMIAH 2010

13 APRIL 2010- Bengkel Penulisan Ilmiah telah berjaya dilangsungkan di Dewan Kuliah Utama (DKU) bermula 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang tadi. Slot pertama bengkel ini dimulakan oleh pembentang pertama iaitu Prof Madya Dr Adel Abdul Aziz yang membentangkan tajuk كيفية إعداد خطة البحث (kaedah penyediaan proposal).  
Peserta diberi rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung slot kedua oleh Dr. Abdul Karim Toure dengan pembentangan yang bertajuk" Kaedah penulisan kajian perpustakaan". Selepas solat Zohor, program diteruskan lagi oleh pembentang ketiga, Ustaz Nidzamuddin Zakaria (kaedah penulisan kajian lapangan) sebelum disambung oleh Dr. Karim Toure sekali lagi pada jam 3.15 petang dengan tajuk "Kaedah Penulisan Gaya USIM". 

Majlis penutup diadakan pada pukul 4.30 petang oleh Timbalan Dekan FPQS, Dr. Fauzi Mohd Amin. Kemudian, para pelajar diagihkan mengikut kumpulan penyelia masing- masing sehingga pukul 6.00 petang. Bengkel ini adalah anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana cara ataupun teknik untuk menulis tesis mengikut cara yang sebenar. 


Sunday, April 11, 2010

Majlis Muhadharah Perdana


Muhadharah perdana yang dismapaikan oleh Professor Dr. Yusuf Qaradhawi ini telah aku sertai pada 19 Disember 2009 yang lepas.

JAMUAN KELAS TQA3



7 APRIL 2010- Jamuan kelas untuk TQA3 telah diadakan dan dijalankan dengan jayanya di sebuah bilik tutorial di FPQS. Kehadiran amat membanggakan ditambah pula dengan kehadiran rakan- rakan dari kelas -kelas lain.

Semoga dengan adanya majlis- majlis seumpama ini dapat menjadi platfom untuk kita mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan kita sebagai seorang muslim.
TERIMA KASIH SEMUA........

Saturday, April 10, 2010

7 TANDA TAQWA KEPADA ALLAH

Sifat taqwa (takut kepada Allah) dapat dikenali melalui tujuh tanda, iaitu :

1. LIDAH
# Sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati,
bercakap benar dan sebagainya.
# Menghindari diri dari berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya.

2. HATI
# Menghindari diri dari segala penyakit hati seperti hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya.
# Rasulullah saw bersabda: "Hasad memakan amal kebaikan seperti api memakan kayu."

3. MATA
# Menghindari diri dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan
yang bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya.
# Tidak memandang dunia dengan keinginan, sebaliknya mengambil segala
iktibar daripadanya.
# Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang memenuhi matanya dengan yang haram, Allah akan memenuhi matanya pada hari Qiamat dengan api neraka."

4. PERUT
# Tidak makan makanan yang haram atau syubhat.
# Sabda Rasulullah saw: "Ketika sesuap makanan yang jatuh ke dalam perut cucu anak Adam, semua
malaikat di langit dan bumi melaknatinya selama makanan itu berada di dalam perutnya. Kalau ia mati
dalam keadaan tersebut, tempatnya adalah neraka."

5. TANGAN
# Tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak.
# Ka'bil Ahbar berkata: "Sesungguhnya Allah taala menciptakan perkampungan dari zabarjad hijau, di dalamnya terdapat seribu rumah dan di dalam setiap rumah terdapat seribu bilik, khusus untuk seorang
lelaki yang meninggalkan perkara-perkara yang haram kerana takut kepada
Allah swt."

6. KAKI
# Tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat, sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah,
tempat ibadah dan sebagainya.

7. KETAATAN
# Selalu mencari keredhaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak
(menunjuk-nunjuk) dan kemunafikan.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/2010/04/08/7-tanda-taqwa-pada-allah/

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH