Saturday, August 20, 2011

BLOG BARU

Assalamualaikum semua. Sila ke blog baru saya dengan menekan link di bawah:


Untuk makluman saya tidak lagi mengupdate blog ini. Segala maklumat diupdate di blog baru saya.
Segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum.
Terima Kasih

Sunday, May 22, 2011

Sambutan Hari Guru...

16 MEI merupakan tarikh keramat buat semua insan yang bergelar guru di seluruh dunia. Tanpa guru siapalah kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru buat semua pendidik yang pernah mengajar saya. Saya minta halal segala ilmu yang telah diberi. Terimalah satu rangkap sajak:


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Pada 16 Mei lepas Maahad Ummu Aiman mendakan Sambutan Hari Guru. Majlis bermula jam 3.30 petang. Majlis diserikan dengan aktiviti lakonan, nasyid, bersajak dan macam-macam lagi persembahan pelajar. Yang paling bestnyer, sebelum majlis berakhir kami diberi bermacam-macam hadiah dan ucapan dari anak-anak didik. Terharu plak rasenya...

 Murid-murid khusyuk melihat persembahan

 Barisan guru-guru Maahad

 Persembahan nyanyian untuk guru

 Persembahan nasyid

Persembahan murid TAFA 

 Saya dan anak murid, Firdaus. Terima kasih Firdaus.


Ni plak hadiah paling besar dari Danial dan Nelly. Terima kasih untuk anda berdua. 

 Bergambar bersama...

Ini anak muridku yang comel-comel..hehehe 


Sesi menjamu selera........


Buat semua anak didik, ustaz ucapkan jutaan terima kasih diatas ucapan dan hadiah anda semua.

-SELAMAT HARI GURU-


Saturday, April 09, 2011

Rumah sewa

Alhamdulillah hari ni merupakan hari keempat aku dan kawan-kawan berada di rumah sewa baru. Walaupun rumah tak baru tapi bolehlah orang bujang macam kami..hahaa. RM 230 sebulan tu ok la...

 Malaslah nak taip.. Layan gambar je lah...



Monday, February 21, 2011

Ops! Ketemu lagi kita



Assalamualaikum buat semua. Setelah sekian lama aku menyepi  dari mengupdate blog ini  kini ku timbul kembali. hehehe. Kali ni aku nak ceritakan perkembanganku sekarang yang tak berapa nak berkembang sangat ni. Aku sekarang sedang praktikal di sebuah sekolah swasta yang terletak di Sikamat yang diberi nama Maahad Ummu Aiman Edu System.

 Tekunnya dia....

Aku diberi tugas sebagai guru Bahasa Arab dari tahun satu sampai tahun 5. Selain itu aku juga ditugaskan menjadi pemandu van mengangkut pelajar-pelajar sekolah pagi dan juga tadika serta sekolah KAFA petang. Fuh! penat jugak bawak van...pagi takper lagi, tengahari panas wooo...
Inilah van yang ku pandu untuk mengangkut pelajar. Timba pengalaman.


Malam plak aku wat part time mengajar kelas intensif Al Quran..dapat la sikit-sikit buat belanja. Balik rumah pukul 10.20malam buat aiskrimplak untuk dijual di maahad. Haha budak-budak suka makan aiskrim aku wat. Kadang-kadang laku sampai 50 batang sehari boleh habis..ish3...hehehe
Kelas intensif Al Quran (8.30-10.00 malam)


Ni la aiskrim yang aku buat


Ni sewaktu Majlis sambutan maulidurrasul peringkat sekolah 18 Feb 2011 yang lepas.



Oklah cukup dulu coretan pertama untuk tahun ini...sampai jumpe lagi..bye.....

Wednesday, December 08, 2010

Sahabat



Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Inginku ulangi kisah manis,
Agar terus bersemadi.

Ingatlah aku sebagai rakanmu,
Kenanglah aku dalam doamu,
Begitu indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku.

Apabila engkau terjaga,
Satukanlah harapanku denganmu,
Kerana ianya bakal berpadu,
Mimpi sipenunggu yang setia.

Layarkanlah impian doamu,
Sesungguhnya aku masih mengingatimu,
Sebagai kawan, rakan dan teman,
Semoga kita diberkati Allah.

Kudoakan padaMu ya Allah
agar kau bahgia, didunia dan akhirat..


Sunday, November 28, 2010

Ibadat korban

17 NOV 2010:  Lembu yang dikorban sedang dilapah

Sena (nama lembu) sebelum disembelih

Anugerah Cemerlang Pelajar KAFA & Tadika

Gambar ketika menjadi urusetia untuk MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR KAFA DAN TADIKA 2010 yang telah berlangsung di Kolej Tafe, Sikamat, Seremban pada 14 November yang lalu..

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH