Wednesday, December 08, 2010

Sahabat



Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Inginku ulangi kisah manis,
Agar terus bersemadi.

Ingatlah aku sebagai rakanmu,
Kenanglah aku dalam doamu,
Begitu indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku.

Apabila engkau terjaga,
Satukanlah harapanku denganmu,
Kerana ianya bakal berpadu,
Mimpi sipenunggu yang setia.

Layarkanlah impian doamu,
Sesungguhnya aku masih mengingatimu,
Sebagai kawan, rakan dan teman,
Semoga kita diberkati Allah.

Kudoakan padaMu ya Allah
agar kau bahgia, didunia dan akhirat..


Sunday, November 28, 2010

Ibadat korban

17 NOV 2010:  Lembu yang dikorban sedang dilapah

Sena (nama lembu) sebelum disembelih

Anugerah Cemerlang Pelajar KAFA & Tadika

Gambar ketika menjadi urusetia untuk MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR KAFA DAN TADIKA 2010 yang telah berlangsung di Kolej Tafe, Sikamat, Seremban pada 14 November yang lalu..

Saturday, November 06, 2010

Hari Kehancuran


Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Tuesday, November 02, 2010

Rakyat Kelantan berpesta

Oleh Ismail Mat dan Fakri Awang Lah
bhkb@bharian.com.my
2010/11/02

ANNUAR (tengah) menunjukkan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Kelantan kepada penyokong skuad Red Warriors di Gua Musang, semalam.


Rai kejayaan Red Warriors juarai Piala Malaysia selepas penantian 89 tahun

DUA kali bas dinaiki skuad Kelantan rosak dalam perjalanan pulang semalam, namun ia tidak menjejaskan kemeriahan pesta meraikan Piala Malaysia yang selamat kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Kejayaan pasukan bergelar The Red Warriors membawa pulang piala berprestij buat julung kali dalam sejarah 89 tahun penganjurannya, ternyata amat ditunggu-tunggu semua lapisan rakyat.
Kira-kira 3,000 peminat membanjiri Dataran KESEDAR, Gua Musang semata-mata meraikan kejayaan manis itu yang tercetus dari semangat pemain pasukan itu yang bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk membenam lawan dari Negeri Sembilan 2-1 dalam final rancak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang berwajah ceria ketika berucap di majlis berkenaan memohon maaf kerana kelewatan sebab dua bas yang digunakan pasukan itu mengalami kerosakan di tengah jalan sebelum terpaksa meneruskan perjalanan dengan menggunakan kereta.

“Perjalanan pasukan Kelantan mencapai kejayaan ini ditempuhi dengan penuh keringat dan air mata. Untuk berjaya kita mesti bersatu dan berusaha, jangan menunggu hanya nak meraikan kejayaan sahaja.

“Saya gembira melihat ramai yang datang meraikan pasukan ini. Bagi saya kejayaan ini adalah hasil kebangkitan semangat semua pemain selepas ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama,” katanya.
Selepas beredar dari Galas, pasukan terbabit menuju ke Kota Bharu menyertai acara perarakan melalui Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Wakaf Che Yeh, Wakaf Siku, sebelum berakhir di Stadium Sultan Mohamed ke-IV. Mereka juga diraikan jamuan di kediaman Annuar dekat Sri Puri, Bukit Marak. 


Monday, November 01, 2010

Balasan...Melewatkan Waktu Solat



بسم الله الرحمن الرحيم       

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..



Saturday, October 30, 2010

Final Piala Malaysia 2010

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhi5BacvQ1H4zyJuzVsAt66ysmO2x39_zY9j7VQMk30Zo1-62cisp9_tOVUIbD1C_YW4K5r_hia4d1PsdXlD7GnnjuqLyGI1rRHPKYlvu1WpST-prA5QTlksOc1sG25yWoiYkehfUsJuLj3/s1600/final-piala_malaysia-kelantan_n9.JPG


Jom sama- sama kita saksikan perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2010 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Jangan lepaskan peluang ini dengan menonton siaran langsung (jika tiket habis) kerana ini merupakan peluang Kelantan untuk menempa sejarah baru dalam arena bolasepak disamping membalas dendam kekalahan tahun lalu di final, juga menentang N. Sembilan.

 Target:  NEGERI SEMBILAN 0-2 KELANTAN

- GOMO KELATE GOMO-
Buat skuad The Red Warriors, semoga berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan.

Permainan Cantik, Penyokong Terbaik








KOTA BHARU – Motto “Permainan Cantik, Penyokong Terbaik”. Begitulah slogan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam memastikan perlawanan akhir Piala Malaysia, pertemuan Negeri Sembilan menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini menjadi perlawanan paling menarik dalam sejarah sejak ianya dipertandingan pada tahun 1921.
“Saya mahu pasukan Kelantan menunjukkan satu permainan cantik dan penyokong Kelantan juga perlu membuktikan mereka adalah penyokong terbaik dinegara ini. Mereka harus mengetepikan telahan pihak tertentu yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mereka. Saya percaya penyokong Kelantan tidak akan bersikap agresif kerana mereka juga cintakan bola sepak,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.
“Kalau kita mahu pasukan kita menjulang piala, para penyokong mestilah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pasukan kesayangan mereka. Justeru, saya merayu kepada seluruh penyokong Kelantan untuk mengubah persepsi tersebut dengan menunjukkan sokongan luar biasa pada malam ini
“Biar kita ketinggalan dari segi jaringan sekali pun, para penyokong tidak harus berganjak memberi sokongan. Tidak ada mana-mana pasukan yang bertanding untuk kalah. Pemain kita pasti akan turun untuk menang. Mereka memerlukan kekuatan tambahan daripada sokongan peminat kita,” katanya.
Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, bagi memastikan perlawanan malam ini berjalan lancar, pemeriksaan badan yang lebih ketat turut dilakukan ke atas setiap penyokong yang akan memasuki stadium.
“Saya menyarankan para penyokong memasuki stadium lebih awal. Pintu masuk stadium akan dibuka tepat jam empat petang. Saya mengingatkan mereka untuk menjaga tatatertib semasa berada didalam stadium dan juga diluar stadium selepas perlawanan. Segala tindak-tanduk penyokong kita dalam waktu tersebut adalah dibawah tanggungjawab pihak Kafa.
“Mereka perlu ingat, FAM telah meminda peraturan sebelum ini. Sama ada penyokong pasukan tuan rumah mahu pun pelawat yang membuat onar, pihak FAM tidak teragak-agak mengenakan hukuman ke atas kita.
“Justeru, saya merayu kepada semua penyokong Kelantan jagalah disiplin dan elakkan daripada membuat kekacauan. Saya menasihatkan kepada semua penyokong Kelantan, sekiranya terdapat dikalangan mereka yang cuba mencetuskan kekecohan dengan cuba  membakar mercun dan sebagainya, mereka perlu mengambil pendekatan menasihati penyokong yang cuba melakukan tindakan tersebut.
“Saya percaya tidak semua penyokong Kelantan yang bersikap sedemikian (mencetuskan kekecohan). Hanya segelintir sahaja yang terlibat dalam perkara tersebut. Kalau mereka sayangkan pasukan kita, mahu melihat kita menjulang piala malam ini, maka mereka harus menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan memberi sokongan padu kepada barisan pemain kita yang akan berjuang malam ini,” katanya.


Sumber: kelate.net

Thursday, October 28, 2010

Selamat hari lahir buat Firdaus





Saturday, October 16, 2010

Selangor rebah

NORFARHAN (kiri) membuka jaringan Kelantan ketika pasukan itu menewaskan Selangor 3-0 pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu malam tadi.



GERGASI Merah rebah di kaki Kijang. Itu yang berlaku pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Selangor ditunjuk jalan keluar oleh Kelantan yang menang bergaya 3-0. Pada perlawanan yang disaksikan lebih 25,000 penyokong The Red Warriors itu, Selangor dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menerusi Amri Yahyah yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti, namun sepakannya tidak cukup kencang untuk menggegar jaring lawan.

Seminit kemudian, giliran penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli melakukan rembatan ke gawang Selangor tetapi sepakannya sedikit tersasar. Kelantan terus menggandakan asakan untuk mendapat gol awal dan ia terhasil pada minit ke-13 menerusi Norfarhan Mohamad yang mudah menyempurnakan lorongan daripada Akmal Rizal.

Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat hilang punca dengan pemainnya sering melakukan kesilapan mudah. Pada minit ke-24, Kelantan selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Akmal Rizal. Gol tersebut terus mematikan rentak Selangor yang semakin hilang arah sambil Kelantan gagah menguasai bahagian tengah yang diterajui Badri Radzi dan Shakir Shaari.

Pada babak kedua, Kelantan memperlahankan rentak permainan, namun Selangor tetap gagal untuk meloloskan diri. Malam bergaya Kelantan itu disudahkan dengan jaringan ketiga Badri Radzi pada minit ke-79 yang bijak menyambar hantaran Akmal Rizal sebelum merembat kencang ke gawang lawan. Kemenangan itu menyaksikan Kelantan pasukan pertama layak ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-0.

Pada aksi pertama di Shah Alam Selasa lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.
PEMAIN Kelantan Hairuddin  Omar cuba melepasi kawalan pemain Selangor dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.
PEMAIN Kelantan Hairuddin Omar cuba melepasi kawalan pemain Selangor dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Friday, October 15, 2010

Ke Shah Alam

 Perjalanan ke destinasi yang dituju

Semalam 13 Oktober 2010, aku dan sahabatku Firdaus dan Helmi ke Shah Alam. Tujuan kami ialah untuk ke Les Copaque Production Sdn Bhd dan Yayasan Restu. Sebenarnya kami telah ditugaskan oleh majikan tempat praktikal kami untuk mencari penaja dan juga agensi- agensi yang ingin membuka gerai bagi menjayakan program ataupun Majlis Konvokesyen Tadika dan KAFA yang akan diadakan pada 14 November 2010 akan datang. 
 Di sini rupernyer Les Copaque Sdn Bhd
Kami bertolak jam 11 pagi setibanya di sana agak 12.45 tengahari itupun disebabkan kami tidak tahu tempat letaknya syarikat tersebut. Kami sempat berhenti dan bertanya seseorang di stesen minyak dan pak guard pak guard yang kami temui untuk menunjukkan kami arah yang betul untuk ke Les Copaque Sdn Bhd.

 Besarnya Al Quran

Setibanya di sana, kami berbincang-bincang disamping dengan seorang lelaki yang bernama Encik Faris. Rupa- rupanya dialah Encik Faris yang selalu diceritakan oleh Pengerusi atau majikan kami. Setelah selesai berbincang kami makan- makan di restoran bersebelahan syarikat tersebut. Encik Faris belanja kami.Beliau banyak bagi motivasi dan menyuntik semangat kami serta berkongsi tips-tips mencari penaja. Beliau juga mencabar kami mencari seberapa banyak dana untuk Maahad Ummu Aiman. Setelah itu beliau melukis peta untuk kami ke Yayasan Restu dengan mudah kerana beliau tidak dapat menemani kami disebabkan ada urusan yang perlu diselesaikan.

 Di Galeri Yayasan Restu

Jam 2.30 kami ke Yayasan Restu yang terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Selangor. Di sana kami di beri sumbangan 20 naskhah al Quran disamping kami dapat melawat galeri - galeri yang terdapat di yayasan tersebut. Selepas solat Asar kami bertolak pulang.



Saturday, October 02, 2010

Adab Makan Bersama


Bila makan bersama-sama orang ramai, haruslah diperhatikan perkara-perkara yang berikut; iaitu sebanyak tujuh perkara:
1.       Jangan mulakan makan dulu bila ada hadir bersamanya orang yang mesti didahulukan, seperti orang tua atau orang  yang lebih utama daripadanya. Tetapi jika mengambil makanan itu mengikut giliran dan sudah sampai pula gilirannya untuk mengambil, maka ketika itu janganlah ia melambat-lambatkan sehingga orang lain terpaksa menunggu lama, padahal mereka itu telah berkumpul untuk makan bersama-sama.
2.       Janganlah sampai semua orang berdiam diri di waktu makan, tetapi sebaik-baiknya hendaklah berbual-bual tentang perkara-perkara yang baik.
3.       Janganlah makan dengan tamak, bahkan hendaklah mengingat kawan-kawan yang makan bersama-sama dalam satu hidang. Janganlah makan lebih dari kadar yang ditetapkan baginya kerana makan lebih dar kadar itu, hukumnya haram jika tidak mendapat keredhaan kawan yang memakan bersama-sama dalam satu hidangan. Sebaik-baiknya ia melebihkan makanan itu pada kawan-kawannya. Jangan pula memakan dua butir kurma sekaligus, melainkan jika semua orang yang makan sedikit, hendaklah ia menggalakkannya supaya menambah lagi dan menimbulkan seleranya untuk makan. Jika kawan itu menolak, bolehlah dipujuk hingga tiga kali, tidak lebih dari itu, kerana sesudah itu, tentulah ia akan merasa bosan dan menganggap itu sebagai memaksanya.
Adapun bersumpah untuk memakan lagi adalah di larang. Berkata al-hasan bin Ali r.a: Makanan itu lebih ringan daripada seorang yang bersumpah untuk memjuk kawannya supaya makan lagi (Maksudnya jika tak dihabiskan pun tak mengapa, tetapi jangan bersumpah untuk menyuruh orang lain memakannya — pent).
4.       Janganlah terlalu menggesa kawan untuk memakan, sehingga ketara seolah-olah ia amat memerlukan makanan itu. Jangan pula memerhatikan kelakuannya ketika sedang makan: banyakkah, sedikitkah, bahkan hendaklah ia bersikap seperti seorang yang menanggung makan kawannya. Jangan pula meninggalkan lebihan makanan di tempat makannya, sedangkan selera untuk memakannya masih ada, kerana takut orang mengatakan gelojoh, sebab yang demikian itu adalah semacam kepura-puraan. Tetapi hendaklah ia makan seperti biasa, yakni seperti ia makan seorang diri di rumah. Sebaik-baiknya melatihkan diri bersopan-santun ketika makan bersendirian di rumah, supaya nanti tidak teragak-agak lagi untuk bersikap sama bila makan dengan orang ramai. Ya kalau boleh sewaktu makan beramai-ramai itu, dikurangi sedikit dari kadar makananan biasa untuk melebihkan kawang-kawannya, apatah lagi kalau, ia mengetahui bahwa mereka itu amat memerlukan makanan itu, maka sikap yang demikian adalah paling utama sekali. Begitu juga ia makan lebih dengan niat menggalakkan kawan-kawannya memakan lebih dan menaikkan semangat mereka untuk menambah lagi, maka itu adalah lebih baik pula.
5.       Tidak mengapa membasuh tangan di dalam bekas makanan itu (jika bekas itu telah bersih dari makanan — pent)
Berkata Anas: Andaikata saudaramu mengundangmu untuk makan, hendaklah engakau menerima kehormatan itu dan janganlah menolaknya. Diriwayatkan, pernah Khalifah Harun ar-Rasyid mengundang makan Abu Mu’awiyah yang buta matanya. Apabila selesai makan, Khalifah pun membasuh tangan Abu Mu’awiyah menjawab: Tidak! Khalifah berkata lagi: Yang membasuh tanganmu ialah Amirul Mu’minin (yakni dirinya sendiri). Berkata Abu Mua’awiyah: Wahai Amirul Mu’minin! Sebenarnya tuan hamba telah memuliakan ilmu pengetahuan dan meletakkanya di tempat yang tinggi, maka Allah akan meninggikan kedudukan tuan hamba dan memuliakan tuan hamba, sebagaimana tuan hamba memuliakan ilmu dan ahlinya.
Oleh itu sayugialah tuan rumah sendiri yang patut menuangkan air untuk membasuh tangan tetamu-tetamunya. Demikianlah yang dilakukan oleh Imam-imam besar Malik dan Syafi’I radhiallahuanhuma pada hari tetamu itu mula tinggal bersamanya. Mereka berkata: Janganlah engkau terperanjat pada apa yang engkau lihat daripadaku ini, sebab memberi khidmat kepada tetamu adalah suatu kewajiban.
6.       Janganlah tuan rumah memerhatikan kelakuan tetamu-tetamunya ketika sedang makan, jangan mengawasinya, kelak dikhuatirinya mereka akan merasa malu, Sebaiknya bersikap pura-pura tidak nampak dan menumpukan segala perhatian pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi jika mereka sedang sedap makan. Janganlah pula berhenti dulu tetapi hendaklah menyuap terus sedikit demi sedikit, sehingga tetamu-tetamu itu merasa puas dengan makanan yang dihidangkan. Andaikata kerana sesuatu sebab, ia tidak dapat meneruskan makan-makanan itu, maka hendaklah ia meminta izin berhenti terlebih dulu, supaya mereka tidak merasa malu dengan kelakuan mereka itu.
7.       Jangan melakukan sesuatu yang boleh menjijikkan orang lain, ataupun mencelupkan tangan ke dalam bekas makanan itu. Jangan terlampau menundukkan kepala ke bekas makanan, tatkala mahu menyuap makanan itu. Jika mahu mengeluarkan sesuatu dari mulut, hendaklah memalingkan muka dari bekas makanan itu, kemudian diambil dengan tangan kiri. Jangan dicelupkan suapan yang berlemak ke dalam cuka (atau sebagainya) kerana cara begitu mungkin tidak diingini oleh orang lain. Demikian pula dengan lebihan makanan yang telah digigit, jangan dicelupkan ke dalam lauk-pauk atau cuka. Jangan pula menyebut-nyebut hal-hal yang boleh menjijikan atau memuakkan ketika sedang makan.

Petikan kitab Bimbingan Mukmin


http://albakriah.wordpress.com/

Thursday, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum buat semua muslimin muslimat sahabat handai yang dikasihi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat anda semua samaada mengenali saya atau tidak. Jemputlah datang ke rumah saya raya nanti di alamat:

RPT Batu Mengkebang,
 18000 Kuala Krai Kelantan.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Friday, September 03, 2010

Balik Kampung

Selasa : Majdi Alkatirihi balik kampung pukul 4 pagi.
Rabu: Alias Al Sakinchani balik selepas Zohor.
Khamis: Helmi Al Parupuki dan Nasa Al Samanghuli plak yang balik.


HARI INI.... 
Jumaat: Giliran aku, Zakiri, Ibrahim dan Maizan plak. Kami balik ngan bas catar. Tu yang lewat sikit tu. Harap-harap selamat sampai.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, August 29, 2010

Jamuan TQA3


27 OGOS 2010- TQA3 telah menganjurkan majlis Jamuan yang dilangsungkan selepas berbuka puasa di Restoran Anggun yang terletak berdekatan dengan asrama Sutera Indah. Kehadiran sahabat lama kami Mohd Firdaus Abu Kasin memeriahkan lagi majlis tersebut.
Firdaus dan Nasa

Berbuka Di Gadong Jaya


21 OGOS 2010- Pakdin telah menjemput kami semua ke rumah adiknya di Taman Gadong Jaya kerana diadakan majlis berbuka puasa. Walaubagaimanapun hanya kami berlapan sahaja yang menyertainya keranna Majdi dan Helmi mempunyai agenda lain. 


Perjalanan kami mengambil masa selama setengah jam. Sesampai disana program yang pertama yang dilaksanakan adalah tahlil arwah yang dipimpin Nasharuddin sebelum kami berbuka puasa beramai- ramai. 

Selepas berbuka kami solat Maghrib berjemaah yang diimami oleh Firdaus. Selepas itu kami berborak-borak sambil menunggu waktu Isyak. Selepas solat Isyak kami terus melakukan solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Samsul, Firdaus dan Nasharuddin sementara bilalnya pula ialah Zakiri. 


Selesai solat terawih kami kembali sambung berborak dengan tuan rumah serta makan-makan.. Jam 10 kami bertolak pulang. Kami mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga adik Pak din dan juga kepada Pakdin serta Ibu yang sudi mengajak kami berbuka bersama- sama.

Sunday, August 22, 2010

Mengorek Telinga/Hidung Tidak Membatalkan Puasa

Persoalan 1: Mengorek Telinga/Hidung Tidak Membatalkan Puasa


Terdapatnya kepelbagaian pendapat dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Antara yang berpendapat memasukkan sesuatu didalam rongga tidak membatalkan puasa adalah Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan ramai lagi.

Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:

Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]

Sememangnya tiada dalil jelas dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang melarang daripada mengorek hidung ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan mereka bersandar kepada dalil:

Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]

antara hadith lain
...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi).

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa]



PERKARA YANG JELAS MEMBATALKAN PUASA


Perkara yang sememangnya jelas membatalkan puasa adalah sepeti dalam firman Allah:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).[al-Baqarah 2:187]

Dan kalau dilihat jelas bahawa mengorek telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa. Adapun persetubuhan sekalipun bukanlah perbuatan makan atau minum tetapi larangannya disebut secara jelas di dalam ayat di atas. Juga di dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku. [Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.]

Hadis di atas juga menjadi dalil mengapa merokok, penyalahgunaan dadah dan segala yang sewaktu dengannya yang secara psikologi memberikan kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu, membatalkan puasa. Sekalipun ianya tidak mengenyangkan, menghilangkan dahaga atau perbuatan bersetubuh.


Kesimpulan Pandangan 1


Sebagai kesimpulan mengenai isu mengorek telinga ketika berpuasa saya ingin menukilkan fatwa Syaikh Attiyah Saqr:

Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan. [rujuk: http://www.islamonline.net ]

Di atas hujah-hujah yang sama ulama’-ulama’ mutakhir menyatakan perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (sekiranya ia tidak sampai ke perut) tidak membatalkan puasa.


Persoalan 2: Berendam Dalam Kolam Sewaktu Berpuasa


Saya percaya apa yang dimaksudkan frasa di atas adalah membasahkan diri atau mandi terutamanya berulang kali kerana tidak tahan panas atau mengelakkan kelesuan ketika berpuasa. Perbuatan membasahkan diri kerana tidak tahan panas atau kerana kelesuan adalah dibolehkan berdasarkan sebuah hadis, Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata:

Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).]

Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah:

Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun. [Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud, jld. 6, ms. 395.]

Dalam membahaskan bab mandi bagi orang yang berpuasa di dalam Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan bahawa Ibn al-Manayyar berkata:

Imam Bukhari bermaksud membantah mereka yang memakruhkan orang yang berpuasa untuk mandi. Kerana apabila pendapat itu berdasarkan kekhuatiran air akan masuk ke tenggorok, maka tertolak dengan keterangan yang membolehkan berkumur-kumur dan menggosok gigi serta mencicipi makanan. Apabila tidak disukai dengan alasan kemewahan, maka sesugguhnya kaum salaf menyukai orang yang berpuasa untuk tampil terawat, indah, memakai celak atau yang sepertinya. Atas dasar itulah ia (Imam al-Bukhari-pen) menukil atsar-atsar tersebut pada bab ini (babmandi bagi orang yang berpuasa-pen). [Fath al-Bari, Bab Mandi orang Yang Berpuasa, ms. 171]


BERENDAM DI DALAM BATH TUB, KOLAM, TAKUNGAN AIR?

Perbuatan merendamkan diri ketika berpuasa kerana kepanasan bukanlah perbuatan pelik tetapi pernah dilakukan oleh sahabat Nabi sendiri. Anas bin Malik berkata:

Sesungguhnya aku memiliki penampungan air yang aku masuk ke dalamnya dan aku sedang berpuasa.[ Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 167]

Ibn Hajar al-Asqalani dalam menjelaskan mengenai atsar itu berkata:

Seakan-akan penampungan tersebut dipenuhi air, sehingga apabila udara panas, maka dia masuk ke dalamnya untuk mendinginkan badan. [Fath al-Bari, Bab Mandi Orang Yang Berpuasa, ms. 172]

Perkara Yang Disangka Membatalkan Puasa, Namun Hakikatnya Tidaklah Begitu

Masih dalam keadaan junub ketika masuknya subuh:

Dari ‘aisyah & Ummu Salamah:

“Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1825, Muslim, no. 1109)

Bersiwak/gosok gigi:

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari, 887) Manakala ada dari riwayat yang lain mengatakan, “... Setiap kali hendak berwudhu’” (Hadis Riwayat Bukhari, 2/682)

Hadis ini bersifat umum. Termasuklah ketika berpuasa. Oleh itu, diperbolehkan bersiwak/memberus gigi bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu’ samaada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh imam Bukhari di dalam sahihnya (2/682, dan Fathul Bari, 4/158) serta Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya (3/247), al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah (3/298), dan jumhur ahli ilmu yang lain.

Memasukkan air ke dalam hidung & Berkumur-kumur

...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

Bermesra Dan mencium Isteri:

Dari ‘Aisyah:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu menahan diri.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1927, Muslim, no. 1106)

Ada yang berpendapat, perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda berdasarkan hadis ini:

Dari abdullah bin ‘Amr:

“Kami pernah berada di sisi Nabi s.a.w., datanglah seorang pemuda, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa? Nabi menjawab: Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata: Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa? Nabi menjawab: Ya. Berkata (Abdullah): Kami melihat sesama sendiri (kehairanan), Maka Nabi bersabda: Sesungguhnya orang tua itu lebih mampu menahan dirinya.” (Lihat silsilah as-shahihah: 1606)

Merasa Makanan:

Dari Ibnu Abbas:

“Tidak mengapa merasa cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke krongkongan dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dengan tanpa sanad, dan Ibnu Hajar menyambungnya di dalam Fathul Bari, 3/154)

Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan:

Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang tidak membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin, seperti yang telah ditetapkan Majma’ Fiqhul Islami. (Rujuk: Majallah Majma’, 2/464)

Berbekam:

Daripada Ibnu abbas:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah berbekam dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1939)

Memakai Celak, Menitiskan Ubat Mata ke Bahagian Mata:

1 - Imam Bukhari mengatakan: “Anas bin Malik, Hasan al-Basri, dan Ibrahim an-Nakha’i memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa” (Fathul Bari, 4/153)

2 - Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin (Seperti Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, al-Uthaimeen, Dr. Wahbah Zuhaily, dan lain-lain...), bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa (Rujuk: Majallah Majma’, 2/378, 381, 385, 392) Juga ada perbahasannya di website berikut: http://www.saaid.net

Mencurahkan Air Ke Atas Kepala/Mandi:

Dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang yang meriwayatkan kepada aku:

“Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda bepuasa, kerana dahaga atau kepanasan. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2365, Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Sunan Abu Daud)

Manakala di dalam Shahih beliau mendatangkan satu tajuk “Bab Mandinya Orang Yang Bepuasa”, dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar:

“Ibnu Umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudia beliau memakainya dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari: 3/154)

Sumber: http://ibnuinsan.blogspot.com/2009/08/persiapan-ramadhan-korek-hidungtelinga.html

Tuesday, August 17, 2010

Rahsia puasa kita diterima

 Tulisan Ustaz Zainudin Hashim
 
  
 
Diceritakan pada satu hari, seorang Soleh di kalangan salaf berlalu di sebuah perkampungan, terdapat di situ beberapa orang lelaki (selepas Ramadan) ketawa berdekah-dekah dengan membuang masa di kedai kopi, bercerita tentang persoalan dunia yang tiada kaitan dengan alam kubur, akhirat atau di padang MahsyarMaka orang Soleh itu pun menyapa mereka dengan berkata : Adakah tindakan tuan-tuan dengan banyak ketawa merasakan tidak ada dosa yang tertanggung atau begitu yakin amalan tuan-tuan diterima Allah SWT dengan membuang masa begini?Jika diterima sekali pun adakah sesuai tuan-tuan duduk lama di kedai kopi bersembang pada perkara yang tidak menguntungkan Islam dan umatnya?* Justeru menurutnya, sesungguhnya amal-amal soleh yang berkekalan yang dilakukan pada bulan Ramadan seperti berpuasa, baca al-Quran, solat Tarawih, bersedekah dan berzakat, menyedia atau memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jamaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan lain-lain adalah petanda amalan orang berpuasa diterima di sisi Allah.
* Hendaklah setiap muslim menjadikan ketaatan dan muraqabah (pengawasan) terhadap Allah setiap masa seperti di bulan Ramadan adalah perkara utama agar amalannya terus diterima di sisi-Nya, di samping menjauhkan diri daripada terlibat dalam perkara dosa, mungkar dan keji bersesuaian dengan inspirasi hadis baginda yang bermaksud :
“Susulilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mampu menghapuskan kejahatan, dan berakhlak mulialah terhadap manusia dengan akhlak yang terpuji”.
* Bercakap dengan ungkapan yang berisi nasihat atau bimbingan serta beramal soleh merupakan pra syarat terkabul amalan di sisi Allah seperti yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 10 surah Fatir : “Kepada-nya (Allah) sampai perkataan-perkataan yang baik (kalimat Tauhid) dan amal soleh disampaikan kepada-Nya .
* Bersegera dalam melakukan kebaikan dan kebajikan juga adalah faktor dikenal pasti sebagai penyebab amalan seseorang diterima Allah.
* Suka bersedekah dan tidak kedekut adalah punca amalan diterima Allah.
* Mengekal dan memelihara takwa kepada Allah juga menyebabkan amalan diterima Allah.
* Istiqamah dalam agama dengan terus beramal dan melakukan perintah serta meninggalkan perkara yang terlarang adalah punca amalan diterima.
* Memelihara rukun Islam yang lima serta rukun Iman yang enam juga penyebab amalan diterima Allah.
* Konsisten dalam beramal secara berterusan walaupun sedikit, ia bertepatan dengan penjelasan baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud :
Sebaik-baik amalan di sisi Allah ialah yang bersifat berterusan walaupun sedikit”.

Sunday, August 15, 2010

PUASA RAMADHAN: HUKUM DAN BEBERAPA PERMASALAHAN KANAK-KANAK


Oleh: Mufti Brunei

PUASA RAMADHAN: HUKUM DAN BEBERAPA PERMASALAHAN KANAK-KANAK ( Bilangan 294)

بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Kedatangan bulan Ramadhan merupakan rahmat bagi setiap orang yang beriman. Di bulan ini dibukakan segala pintu-pintu langit, pintu-pintu syurga dan pintu-pintu rahmat. Sebagai seorang yang beriman, sudah setentunya tidak ingin terlepas segala peluang yang ada. Lebih-lebih lagi di bulan ini banyak keistimewaan dan ganjaran pahala.

Di samping itu, kanak-kanak tidak ketinggalan juga turut berpuasa sama ada didorong oleh ibu bapa ataupun kemahuan mereka sendiri. Pada kebiasaannya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka yang belum baligh berpuasa walaupun puasa mereka itu tidak sampai sehari penuh. Kadang-kadang ia hanya sebagai satu latihan praktikal kepada anak-anak, di samping mengenal apa itu puasa. Tindakan ibu bapa melatih anak-anak mereka berpuasa adalah satu tindakan yang terpuji. Ini selaras dengan syara‘ untuk menyuruh anak-anak mereka, jika terdaya untuk berpuasa ketika berumur 7 tahun dan memukulnya (pukulan yang tidak mencederakan) jika meninggalkan puasa ketika berumur 10 tahun.

Perkara ini diqiyaskan kepada menyuruh anak mengerjakan kewajipan sembahyang. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Perintahkanlah anak-anak kamu supaya bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka atas (keengganannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun…” (Hadits riwayat Abu Daud)

Hukum Kanak-Kanak Berpuasa

Salah satu syarat wajib puasa itu ialah baligh. Kanak-kanak yang sudah mencapai umur baligh adalah diwajibkan ke atasnya puasa Ramadhan. Sementara kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh, tidak diwajibkan ke atasnya puasa Ramadhan dan tidak diwajibkan qadha. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Diangkatkan (dibebaskan) dosa daripada tiga (golongan): orang yang tidur sehingga dia sedar, kanak-kanak sehingga dia mimpi (baligh) dan orang gila sehingga dia berakal.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Persoalannya, bagaimana pula jika kanak-kanak yang belum mumayyiz atau yang sudah mumayyiz berpuasa, adakah puasa mereka itu sah ataupun tidak?

Penjelasan hukum mengenainya adalah seperti berikut:-

(1) Kanak-Kanak Yang Belum Mumayyiz

Kanak-kanak yang belum mumayyiz ialah kanak-kanak yang tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk. Tidak sah puasa kanak-kanak yang belum mumayyiz. Ini kerana syarat sah bagi orang yang berpuasa itu ialah berakal dan mumayyiz.

(2) Kanak-Kanak Yang Mumayyiz

Kanak-kanak yang mumayyiz ialah kanak-kanak yang sudah tahu membezakan di antara yang baik dan buruk. Sah puasa kanak-kanak yang mumayyiz apabila ia berniat puasa di malam hari, walaupun puasa Ramadhan itu tidak diwajibkan ke atasnya.

Beberapa Permasalahan Kanak-Kanak Mengenai Puasa Ramadhan Di antara permasalahan kanak-kanak dalam puasa Ramadhan adalah seperti berikut:-

(1) Baligh Sebelum Masuk Waktu Puasa

Apabila kanak-kanak mencapai umur baligh sebelum masuk waktu puasa, adalah diwajibkan ke atasnya berpuasa. Sebagai contoh, kanak-kanak itu bermimpi (keluar air mani) di malam hari puasa maka wajib dia berniat puasa untuk siang harinya.

(2) Baligh Selepas Masuk Waktu Puasa

Kanak-kanak yang mencapai umur baligh selepas masuk waktu puasa, penyelesaiannya adalah seperti berikut:-

(i) Jika di siang hari itu dia berpuasa, lalu mencapai umur baligh, maka wajib disempurnakan puasanya itu. Ini kerana dia sudah tergolong orang yang diwajibkan berpuasa ketika itu. Persoalannya, adakah wajib ke atasnya qadha? Dalam hal ini, tidak lagi diwajibkan ke atasnya qadha.

(ii) Jika di siang hari itu dia tidak berpuasa, lalu mencapai umur baligh, maka tidak diwajibkan ke atasnya imsak (menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa) pada baki waktu puasa di hari tersebut. Walau bagaimanapun disunatkan juga ke atasnya imsak pada baki waktu puasa di hari tersebut bagi menghormati waktu dan sebagai jalan keluar daripada perselisihan pendapat ulama yang mengatakan wajib imsak.

Persoalannya, adakah wajib ke atasnya qadha? Dalam hal ini, tidak diwajibkan ke atasnya qadha. Walau bagaimanapun sunat ke atasnya mengqadha puasa tersebut.

Ibu bapa adalah berkewajipan untuk mendidik anak-anak mereka tentang agama Islam sejak di usia awal mereka lagi. Mendidik tentang pengetahuan agama, menanamkan akhlak-akhlak mulia dan sebagainya. Ini termasuklah juga menyuruh mereka berpuasa ketika berumur 7 tahun sebagaimana dalam perkara sembahyang. Semoga penjelasan yang telah dihuraikan mengenai hukum kanakkanak berpuasa serta beberapa permasalahannya akan menjadi panduan kepada ibu bapa malah kepada anak-anak mereka bagi menjalani ibadah puasa dengan sesempurnanya.

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/bil294.pdf

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH