Sunday, May 22, 2011

Sambutan Hari Guru...

16 MEI merupakan tarikh keramat buat semua insan yang bergelar guru di seluruh dunia. Tanpa guru siapalah kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari guru buat semua pendidik yang pernah mengajar saya. Saya minta halal segala ilmu yang telah diberi. Terimalah satu rangkap sajak:


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Pada 16 Mei lepas Maahad Ummu Aiman mendakan Sambutan Hari Guru. Majlis bermula jam 3.30 petang. Majlis diserikan dengan aktiviti lakonan, nasyid, bersajak dan macam-macam lagi persembahan pelajar. Yang paling bestnyer, sebelum majlis berakhir kami diberi bermacam-macam hadiah dan ucapan dari anak-anak didik. Terharu plak rasenya...

 Murid-murid khusyuk melihat persembahan

 Barisan guru-guru Maahad

 Persembahan nyanyian untuk guru

 Persembahan nasyid

Persembahan murid TAFA 

 Saya dan anak murid, Firdaus. Terima kasih Firdaus.


Ni plak hadiah paling besar dari Danial dan Nelly. Terima kasih untuk anda berdua. 

 Bergambar bersama...

Ini anak muridku yang comel-comel..hehehe 


Sesi menjamu selera........


Buat semua anak didik, ustaz ucapkan jutaan terima kasih diatas ucapan dan hadiah anda semua.

-SELAMAT HARI GURU-


No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH