Sunday, May 23, 2010

Memukat Burung


Alhamdulillah. Petang tadi aku dan sepupuku Imi telah memukat burung di tepi sungai yang terletak di belakang rumahku. Biasanya belakang rumah terdapat pokok tepat burung tidur. Biasanya terdapat burung Ngobok, Punai dan lain- lain. Kami mulakan misi kami dengan memasang pukat burung tersebut pada pukul 3 petang. Pukat dipasang sebanyak dua utas. Fuh!! letih jugak sebab sebelum nak pasang pukat tersebut kami kenalah menebas kawasan yang hendak dipasang pukat tersebut. Kebiasaannya burung yang kami dapat akan disembelih dan dijadikan lauk untuk hidangan makan malam.


Walau bagaimanapun kami tak mendapat sebarang hasil kerana kesilapan kami memasang pukat terlalu tegang atau tidak kendur. Burung yang merempuh pukat berjaya membebaskan diri dengan selamat kerana pukat terlalu tegang. Sebelum ni kami dah pernah memasang pukat tetapi oleh kerana terlalu lama tidak memukat burung kami terlupa yang pukat burung tidak boleh terlalu tegang.

Insyaallah esok kami akan mengunakan strategi lain untuk memukat burung. untuk mendapatkan hasil yang diidamkan. Mudah- mudahan Allah Taala mempermudahkan. Amin.

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH