Monday, January 04, 2010

KELAS TALAQQI: RUMUSAN BAB ISTINJAK


2 Jan 10- Setelah berhenti rehat selama 5 bulan, kelas talaqqi bersama Ustaz Syed Tarmizi disambung lagi 2 hari lepas. Kali ini kami belajar tentang bab istinjak dan adab qadha hajat. Istinjak bermaksud "aku memutuskan sesuatu" yakni seolah2 orang yang beristinjak itu memutuskan atau membuang kotoran najis dari tubuhnya. Dari segi istilahnya pula ialah: membersihkan tempat keluar najis selepas membuang air kecil atau besar dengan menggunakan air atupun batu. Wajib beristinjak kerana keluarnya al baul (air kencing) dan al gha it (najis) dengan menggunakan air atau batu ........



istinjak menggunakan air adalah lebih afdhal

......atau seumpamanya yang berbentuk pejal yang boleh menanggalkan najis serta sesuatu yang tidak dihormati. Lebih afdhal sekiranya menggunakan batu kemudian diikuti air. Sekiranya menggunakan batu diwajibkan sebanyak tiga kali sapu dengan 3 bucu sekiranya menggunakan 1 batu yang sama. Sekiranya tidak cukup ataupun najis masih belum cuci maka bolehlah menambah batu sehingga hilang najis di tempat keluar najis. Sunat sekiranya kita mengganjilkan batu tersebut sebanyak tiga atau lima atau tujuh. Sekiranya ditanya antara air dan batu manakah yang lebih afdhal? maka jawabnya air kerana sifat air yang menyucikan dan boleh menghilangkan najis berserta kesannya. Syarat beristinjak dengan batu pula adalah:

1. Najis yang keluar belum kering.
2. Najis tidak berpindah dari tempat keluar najis.
3. Tidak mendatangi najis yang lain (asing).

Kemudian adab orang yang ingin qadha hajat adalah seperti berikut:-
1. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat di kawasan terbuka. Sekiranya ada dinding tidak mengapa dengan syarat jarak dinding tersebut tidak sampai 2/3 hasta. Sekiranya lebih 3 hasta maka hukumnya sama seperti berada di kawasan terbuka melainkan binaan yang telah tersedia untuk qadha hajat.
2. Tidak qadha hajat di tempat yang terdapat air yang tidak mengalir (bertakung). Makruh sekiranya terdapat air yang sedikit dan lebih aula dan sunat dijauhi mengqadha hajat di tempat tersebut. Imam Nawawi pula mengharamkanya, tetapi pendapat ini tidak kuat.
3. Tidak qadha hajat dibawah pohon yang berbuah.
4. Tidak qadha hajat di jalanan yang dilalui oleh orang ramai.
5. Tidak qadha hajat di bawah bayangan atau tempat manusia berteduh dan juga tempat yang menjadi tumpuan manusia ataupun tempat manusia berhimpun contohnya bus stop.
6. Tidak qadha hajat di lubang-lubang yang terdapat di muka bumi.
7. Tidak bercakap.
8. Tidak menghadap dan membelakangi matahari dan bulan.

Bersambung lagi di kelas talaqqi yang akan datang................

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH