Saturday, March 27, 2010

SEMINAR KAJIAN QURAN DAN HADIS DI ERA ICT 2010 IV (KALI KE-4)



SEMINAR KAJIAN QURAN DAN HADIS DI ERA ICT 2010 IV (KALI KE-4)

Tema :
" Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Pemangkin Kemajuan Quran Dan Sunnah "
Tarikh :
27 Mac (Sabtu)
Anjuran :
Pelajar Tahun 3 FPQS, Dengan kerjasama pihak pengurusan Fakulti Quran dan Sunnah.

Tujuan :
Seminar Kajian Quran Dan Hadis Di Era ICT 2010 IV (Kali Ke-4) adalah kesinambungan Program Seminar Kajian Quran Dan Hadis Di Era ICT 2009 yang diadakan pada akhir tahun 2009. Program ini diadakan bertujuan melibatkan seluruh mahasiswa dalam penganjuran aktiviti berbentuk ilmiah dan menggalakkan mahasiswa untuk mengadakan kajian-kajian dalam pembentukan idea-idea yang baru. Program ini adalah untuk menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang inginkan mahasiswa Malaysia sebagai “Mahasiswa Minda Kelas Pertama”. Malah, seminar ini membawa mahasiswa mengenal kemampuan diri untuk memberikan maklumat dan sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat,agama dan bangsa.

Sumber: sfpqs.blogspot.com

Dalam program/ seminar nie aku salah sorang dari pembentang.... Rasa berdebar jugak la bentang dalam bahasa Arab ditambah plak Prof Hasan dan Prof Jaber ( 2 prof arab)  yang menilai presentation kami....... lagi aku rasa gemuruh. Tapi sebenarnya normal jer rasa camtu. Hehehe. Aku akan cuba present sebaik mungkin. Insyaallah.

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH