Thursday, March 25, 2010

Tips menjadi pelajar yang wara’

WASIAT CARA MULIAKAN GURU
  1. Jangan berjalan dihadapannya
  2. Jangan duduk pada tempatnya seperti kerusi khas yang biasanya digunakan untuk mengajar
  3. Jangan memulai perkataan dahulu daripada guru
  4. Jangan banyak berkata-kata dan ketawa di hadapan guru kecuali dengan izinnya
  5. Jangan bertanya masalah ketika guru berada dalam keadaan jemu atau letih
  6. Jangan panggil guru menggunakan namanya

WASIAT CARA MEMULIAKAN BUKU AGAMA
  1. Mesti berwudhu’ ketika mengambilnya kerana ilmu itu ’nur’ atau cahaya dan wudhu’ juga ’nur’. Maka bertambah ’nur’ ilmu dengan ’nur’ wudhu’
  2. Jangan menghulurkan kakinya kepada kitab
  3. Jangan meletakkan sesuatu di atas kitab kecuali kerana hajat

WASIAT BALA ORANG YANG TIADA WARA’ DALAM BELAJAR
  1. Mati ketika usia muda
  2. Hidup terpinggir di tempat yang terpencil
  3. Menjadi orang suruhan kepada pemimpin

WASIAT DAPATKAN WARA’ YANG SEMPURNA
  1. Pelihara diri daripada kenyang
  2. Jangan banyak tidur
  3. Jangan banyak berkata perkara yang sia-sia
  4. Jangan suka makan di kedai kerana terlebih hampir kepada makanan yang tidak elok serta banyak melalaikan daripada zikrullah. Ia juga menyebabkan terdedah kepada pandangan orang miskin yang kelaparan yang membawa kepada rasa sakit hati kepada kita sehingga hilangnya keberkatan.
Dipetik dari: http://albakriah.wordpress.com/2010/03/23/tips-menjadi-pelajar-yang-wara/

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH