Monday, August 02, 2010

Husnul Khatimah



31 JULAI 2010- Kali kedua aku menyampaikan tazkirah secara lisan, secara live dihadapan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat surau. Tajuk kali ini ialah kesinambungan daripada tajuk lepas iaitu "memohon husnul khatimah". Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah kerana syaitan terkutuk akan berkata: Aduh!! orang yang memohon husnul khatimah itu telah mematahkan tulang belakangku. Jika juga hendaklah merasa takut akan suul khatimah kerana tidak mustahil Allah boleh pesongkan hati kita pada bila- bila masa sahaja.



Orang tidak ambil tahu tentang husnul khatimah atau suul khatimah maka tiada peliharaan Allah untuknya. Hari ini ramai yang tak ambil tahu tentang perkara ini. Dunia sekarang lebih pentingkan kemewahan daripada akhirat. Macamana nak ambik tahu, orang lain semua menuntut ilmu mengadap muka ulama' tapi kita dihadapnya muka tv. Berhibur 24 jam. Macamana kita nak dapat husnul khatimah sekiranya kita berada dalam keadaan lalai sentiasa.
Sebahagian salaf soleh berkata: Demi Allah tiada seorang pun akan terselamat dari agamanya, kiranya ia akan dipesongkan Allah, nescaya ia akan terpesong. Lantaran itu, mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan kalau- kalau mereka kelak diwafatkan di dalam suul khatimah, meskipun amal bakti mereka telah cukup dan dosa mereka amat sedikit. 
Perbanyakkanlah berdoa semoga Allah merahmati kita.



No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH