Saturday, December 12, 2009

SEKILAS KATA

Assalamualaikum sebagai pembuka ucapanku pada malam yang bahagia ini. Selamat datang kepada anda semua. Mulai saat ini, blog ini ku buka secara rasmi untuk tatapan anda semua.
Blog ini akan dimuatkan dengan ucapan, karangan, coretan hasil tulisan saya sendiri dan juga dari keratan akhbar dan juga dari sumber-sumber lain. Jadi, sekiranya anda mengambil apa-apa maklumat daripada blog ini, diharapkan anda menyatakan sumbernya yang asal agar haknya terpelihara. Sekian, terima kasih.

BIODATA PENULIS





Nama sebenar penulis ialah Samsul Haniff B Mohamad. Berasal dari Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai Kelantan Darul Naim. Dilahirkan pada 13 Januari 1987. Anak bongsu daripada 5 adik beradik. Bercita – cita menjadi pendidik. Beliau Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang dari tahun 1994 sehingga 1999, kemudian menyambung pengajian di Sekolah Menengah Ugama Arab As Saadah Batu Mengkebang sehingga tingkatan 5 tahun 2005. Selepas itu menduduki STAM di Maahad Rahmaniah Kuala Krai pada tahun 2006. Melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah sarjana muda Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia dari tahun 2007 sehingga sekarang

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH