Friday, December 18, 2009

Malaysia menamatkan kemarau 20 tahun

Alhamdulillah, ana bersyukur akhirnya Malaysia dapat mengakhiri penantian pingat emas Sukan SEA selama 20 tahun. Kali terakhir Malaysia memperoleh pingat emas adalah pada tahun 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 3-1. Skuad kendalian K. Rajagobal itu telah berjaya mencipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia apabila menang mengatasi Vietnam dalam perlawanan akhir 1-0 di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos . Gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain Vietnam Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup untuk memberi pingat emas kepada skuad negara. Ulasan ana separuh masa pertama Malaysia tampak tertekan dengan asakan bertubi-tubu daripada pihak lawan namun benteng pertahanan yang diketuai oleh ketua pasukan, Aidil Zafuan berjaya menyerap asakan lawan. Sebaik bersambung separuh masa kedua Malaysia melancarkan asakan demi asakan menyebabkan Vietnam tertekan. Akhirnya minit ke 83 Malaysia mendapat gol kemenangan apabila hantaran pemain Malaysia tertampan pemain Vietnam sehingga bola mencecah jaring. Apapun syabas buat Malaysia. Teruskan lagi kecemerlangan untuk masa yang akan datang.


No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH