Tuesday, December 15, 2009

Menimba Pengalaman Sebagai Pendidik

Murid2 sedang belajar azan

Hari ini merupakan hari ketujuh ana mengajar kelas intensif PAFA, Jawi dan Quran di Maahad Ummu Aiman, Seremban. Kelas ini diadakan bagi mengisi masa cuti sekolah kanak-kanak antara 7 hingga 12 tahun. Setiap pagi Isnin hingga Khamis ana dan sahabat ana Majdi menunggang motor ke Seremban yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Hari pertama ana masuk mengajar ana berasa kekok dan blur jugak disebabkan tak tahu apa yang hendak diajar. Tetapi setelah mendapat sedikit keterangan daripada Abang Ha dan Kak Ros akhirnya ana nampak la serba sedikit macamana cara nak mengajar jawi kepada kanak -kanak. Ana mendapat kelas adik-adik yang bersekolah antara tahun 1 dan2. Oleh kerana itu, agak sukar juga untuk mengawal tindak -tanduk mereka. Murid kelas tersebut seramai 17 orang dan semua comel -comel belaka. Hari pertama ana hanya memperkenalkan perbezaan antara suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Murid perempuan menumpukan perhatian sepenuhnya dan bila ditanya sorang dua saja yang tak faham..Bila ditanya budak lelaki boleh dikatakan majoriti tak faham. Apa tidaknya semasa mengajar mereka bermain, bercakap dan ada juga yang telopong tak faham. Mungkin pengalaman yang ana ada terlalu cetek untuk memahami jiwa kanak-kanak menyebabkan apa yang disampaikan sukar untuk difahami oleh murid. Maybe juga cara penyampaian ana tidak efektif. Tapi ana tak putus asa, hari berikutnya ana cuba lagi dengan menggunakan kaedah yang sedikit lain, alhamdulillah dari hari ke hari semakin ramai yang faham setelah sentiasa diberi penerangan. Walauapapun ini merupakan satu pengalaman manis bagi ana bersama anak-anak didik disini. Terima kasih kepada pihak Ummu Aiman terutama Abang Ha dan Kak Ros yang sudi menerima ana sebagai salah seorang tenaga pengajar di sana. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada ana dan sahabat-sahabat yang bersama-sama menimba pengalaman sebelum kami melangkah ke dunia realiti yang lebih mencabar. .

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH