Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang Tahun 2010


Pejam celik pejam celik rupa-rupanya kita dah berada di penghujung tahun 2009. Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2009 dan esok bermulalah catatan dan lembaran baru dalam hidup kita. Tahun 2009 bakal pergi, tahun 2010 pula bakal mengganti, kedatangan 2010 amat dinanti-nanti, seribu cabaran didepan bakal ditempuhi. Walaupun begitu, persoalannya bagaimana cara kita menyambut kedatangan tahun baru ini?? Kebiasaannya setibanya tahun baru kita semua berasa gembira dan ramailah yang berduyun-duyun ke ibu negara dan bandar-bandar untuk menyambut tahun baru. Anak-anak muda juga tidak terlepas menyambutnya tetapi kebanyakkan mereka menyambut dengan berpesta bersama pasangan masing-masing dengan meneguk minuman keras dan sebagainya. Bagi mereka inilah caranya menyambut tahun baru. Mentaliti masyarakat kita sekarang banyak dipengaruhi oleh barat yang cuba untuk menjatuhkan dan melemahkan kekuatan Islam. Walaupun negara kita dah lama merdeka tetapi jiwa sesetengah daripada kita masih lagi dijajah. Sepatutnya kita menyambut tahun baru tak kiralah tahun baru hijri ataupun masihi dalam keadaan sederhana dan penuh dengan kesyukuran kerana dipanjangkan umur oleh Allah dan masih diberi ruang kepada kita menambah segala amalan sebagai bekalan di akhirat nanti. Disamping itu juga kita hendaklah bermuhasabah diri bahawa adakah kita banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat menjerumuskan kita kepada keredhaan Allah ataupun sebaliknya. Oleh itu sahabat-sahabat marilah kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan memperbanyakkan ibadat serta memperbanyakkan doa agar Allah mempermudahkan segala amalan kita. Disamping itu juga kita perlu menanam azam baru dan semoga kita berjaya menggapai apa yang kita inginkan. Azam ana tahun ini ingin menjadi insan yang cemerlang dari tahun-tahun yang sebelumnya dari semua sudut terutama dari segi akademik dan sahsiah diri. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010.

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH