Thursday, December 24, 2009

Nota sebuah kejayaan



Assalamualaikum
Jam menunjukkan pukul 12.50 pagi. Mata ana masih belum mengantuk. So, ana cuba meluangkan masa untuk menulis blog ini. Sebenarnya ada sesuatu yang membuatkan ana tak lena tidur, sesuatu yang indah dan membuatkan ana terasa bahagia dan gembira dalam hidup ana. Kawan-kawan mesti mengagak yang ana nak kahwin kan? Hehehehe Sebenarnya tidak, ana ingin berkongsi kegembiraan dengan sahabat2 diatas kejayaan yang tak pernah ana kecapi sebaik ni. Ana sebaik pulang dari Seremban tadi terus membuka laptop, bukan untuk menyiapkan assignment tapi untuk melihat result final exam ana. Debaran jantung ana tak henti-henti dari petang tadi lagi sebaik dapat tahu yang result dah keluar kerana ana menyangka ada subjek yang ana bakal dapat "fail". Tapi jangkaan ana meleset sama sekali sebaik saja ana membukanya......Alhamdulillah...syukur kepada Allah banyak-banyak. Pngs ana meningkat daripada semester dulu. Pngs ana memang tak pernah meningkat selama 2 tahun belajar di USIM melainkan semasa short sem. Hari ini adalah hari yang paling bahagia buat ana kerana dapat meraikan kejayaan ana dengan izin Allah. Ya Allah, aku akan cuba sedaya upaya meningkatkan usahaku dalam mencari keredhaan dan rahmat dariMu. Ya Allah aku tahu ada hikmah disebalik kejayaan ini. Mungkin kau ingin menyedarkanku bahawa untuk mengejar kejayaan didunia pun perlu ada persediaan apalagi untuk mengejar kejayaan di akhirat kelak. Sekiranya persediaan dan bekalan kita lebih maka lebihlah yang kita akan dapat...Alhamdulillah ya Allah. Sekian terima kasih.

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH