Sunday, December 13, 2009

MENGEMBARA KE BUMI SEKINCHAN


Tepat kul 7 pagi ana dan majdi bertolak dari Nilai menuju ke destinasi (Sekinchan) dengan menaiki lebuhraya ke Shah Alam dan kemudiannya kami menaiki lebuhraya Guthrie Corridor untuk ke Kuala Selangor.




Dalam perjalanan kami berhenti sebanyak tiga kali sebelum sampai ke Sekinchan.Pertama berhenti di R and R Dengkil, kedua di Masjid Ijok dan yang ketika berhenti mengisi minyak sambil merehatkan badan. Maklum la jarak Nilai ke sana sejauh lebih kurang 150 km. Walaupun jauh dan meletihkan kami tempuhi jua demi untuk memenuhi undangan sahabat kami saudara Alias yang melangsungkan kenduri perkahwinan kakaknya.



Setelah pelbagai pemandangan yang kami tempuhi akhirnya sekitar jam 10 lebih-lebih kami selamat tiba di bumi sahabat kami iaitu bumi Sekinchan. Terdapat banyak sangat parit disana menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan kad jemputan untuk mengenalpasti jalan ke rumah pengantin. Akhirnya kami memasuki jalan parit sembilan seperti mana yang termaktub di dalam jad jemputan.



Kami berada di sana sehingga jam 12tgahahari kemudian meminta izin untuk pulang. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan pengantin lelaki di masjid yang terletak tidak jauh dari tempat kenduri. Kami berhenti bersalaman sambil menangkap sekeping dua gambar bersama pengantin lelaki. Kemudian kami menuju ke rumah sahabat majdi yang terletak di Sungai Besar sehingga pukul 2.30 petang. Selepas itu kami bertolak pulang dan tiba di rumah pukul 6 petang. Kami keletihan keran perjalanan terlalu jauh. Sekiranya dihitung rupa-rupanya perjalanan pergi balik kami hari ini sejauh 334km .

No comments:

KALENDAR

BASAHI LIDAHMU DENGAN MENYEBUT NAMA- NAMA ALLAH